Jenayah

Dua anggota PGA hanya bawa pistol kerana dalam tugasan menyamar

KOPERAL Baharuddin Ramli, 54, dan Koperal Norihan A/L Tari, 39, yang ditembak oleh penyeludup di pos sempadan Malaysia-Thailand semalam hanya membawa pistol dan tidak memakai baju kalis peluru kerana mereka sedang dalam penyamaran untuk membuat risikan.

Jika berdasarkan prosedur operasi standard (SOP), semua anggota yang bertugas ketika rondaan dikehendaki memakai baju kalis peluru.

“Cuma pada ketika itu mereka berdua adalah anggota risikan dan sedang dalam tugas membuat risikan atau ‘undercover’.

“Disebabkan itu mereka tidak memakai jaket kalis peluru berkenaan,” kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani seperti yang dipetik dari Berita Harian.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Perak dan Pengerusi PERKEP Kontinjen Perak di Mes Pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perak, hari ini.

Acryl Sani berkata, kedua-dua anggota hanya dibekalkan pistol Walter P99 sahaja ketika kejadian kerana dalam tugas risikan.

Dalam kejadian itu Baharuddin terbunuh selepas terkena tembakan di perut dan Norihan pulam cedera parah.

Timbalan Ketua Polis Negara itu berkata, polis masih menjalankan siasatan terperinci dan menyeluruh mengenai insiden itu.

“Kita masih lagi menyiasat apakah latar belakang kes ini sama ada mereka ini diserang hendap atau seumpamanya,” katanya.

Pihak polis juga katanya, sedang melihat adakah perlu SOP ditambah baik atau diperketatkan bagi memastikan SOP yang digunakan dalam tugas rondaan, risikan, pencegahan dan seumpamanya dapat diperkemaskan bagi keselamatan pegawai dan anggota yang bertugas, orang awam dan perkara berkaitan dengannya. – SM

(Visited 172 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button