Rencah Hidup

Seronoknya bercuti ke Cameron Highlands

BUKAN perayaan berkembar tetapi cuti berkembar 1 Februari hari ini disambut dengan Tahun Baharu Cina oleh masyarakat Tionghua di Malaysia.

Sejak Jumaat lalu lagi, ramai yang merancang perjalanan untuk pulang ke kampung atau pun bercuti sehingga menyebabkan berlakunya kesesakan jalan raya di lebuh raya menuju ke pantai timur, utara dan selatan.

Hari ini, masih ada yang mengambil kesempatan untuk bercuti walaupun untuk satu malam. Apa salahnya membawa keluarga bercuti semalaman untuk menghilangkan stress bekerja.

Perjalanan ke Cameron Highlands mengambil masa lebih kurang 4 jam kerana trafik perlahan dari Kuala Lumpur.

Memandu dalam keadaan perlahan, selamat tiba di destinasi.

Cameron Highlands adalah destinasi percutian pilihan untuk jangka singkat. Walaupun jalannya berliku, bermula dari simpang masuk ke Tapah sehinggalah ke hotel penginapan, jalan sudah elok bertar.

Walaupun terdapat jalan yang berlekak-lekuk, itu petanda jalan menuju ke tanah tinggi Cameron bagi pengunjung domestik.

Cuaca di Cameron Highlands, boleh tahan sejuknya tetapi tidaklah sampai ke tahap asap keluar dari mulut apabila bercakap.

Mengekalkan alam semula jadi Cameron Highlands sebagai legasi untuk generasi akan datang sambil menyelenggara taman-taman awam yang terdapat di sini.

Dalam bercuti, patuhi SOP dan jika terlalu ramai orang di satu-satu tempat, elakkan daripada menyertai kumpulan orang ramai.

Melihat kes Covid-19 sekejap turun, sekejap naik, kita berhati-hati dan cuba turunkan kes harian Covid-19.

Hari ini dan esok, cuti Tahun Baru Cina, kemudian ada cap goh mei dan  jangan naikkan kes Covid-19 sebab kita juga mahu menyambut Ramadan dan Hari Raya. – SM

(Visited 577 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button