Politik

Seloroh yang tidak senonoh

KUALA LUMPUR – Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta maaf berikutan tindakannya meminta nombor telefon seorang pelajar tingkatan enam dalam satu program baru-baru ini.

Timbalan Presiden Muda, Amira Aisya Abdul Aziz mendakwa, tindakan Perdana Menteri telah memberikan contoh tidak baik kepada masyarakat.

Tambahan menurut Amira, Anwar mewakili kumpulan yang mempunyai pangkat dan kedudukan.

“@anwaribrahim kena minta maaf secara terbuka sebagai contoh yang baik pada lelaki lain.

“Buat mereka faham bahawa kelakuan ini tidak baik. Terutama datang dari seseorang yang mempunyai kedudukan kuasa.

“Jika anda kagum dengan gadis itu, puji sahaja dia tanpa membuat komen yang mengganggunya,” katanya dalam ciapan di Twitter, lapor Malaysia Gazzette.

Ahli Dewan Undangan Negeri Puteri Wangsa itu berkata, adalah sesuatu yang malang apabila golongan lelaki berusia menganggap tindakan meminta nombor telefon seorang wanita sebagai bahan gurauan.

Menurut Amira Aisya, tindakan Anwar akan menyebabkan lebih ramai golongan lelaki akan melakukan perbuatan tersebut.

“Wanita melihat ini setiap hari dan kita sentiasa perlu menjelaskan setiap kali kita tidak tersenyum atau ketawa pada “gurauan”.

“Melihat DSAI melakukannya dalam skala yang lebih besar akan mengekalkan kepercayaan ini,” katanya.

Dalam ciapan tersebut Amira Aisya turut berkongsi laporan media yang memaparkan Anwar berseloroh meminta nombor telefon daripada seorang pelajar tingkatan enam SMK Tunku Ampuan Durah, Adriana ketika bertanya soalan kepadanya.

“Saya bangga dengan Adria ini. Tingkatan enam pun bertanya soalan yang begitu kemas.

“Kalau saya muda saya dah minta nombor telefon,” seloroh Anwar yang memuji pelajar tersebut ketika bertanya soalan kepadanya.

Jawapan Perdana Menteri mendapat sorakan pelajar yang terhibur dengan kata-kata yang dilemparkan Anwar.

Kejadian yang disiarkan secara langsung dalam program ‘Temu Anwar Negeri Sembilan’ di Universiti Sains Islam Malaysia.

Pelajar berkenaan ketika itu melontar dua soalan antaranya berkaitan sama ada Malaysia boleh menjadi negara dunia pertama dan mengenai kedudukan ringgit yang merosot .

(Visited 524 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button