NasionalNegeri

Sabah berterusan catat kes Covid-19 tertinggi

PENINGKATAN kes baharu jangkitan pandemik Koronavirus (Covid-19) mencatat rekod melebihi empat angka iaitu, 1,228 dan ia pertama kali berlaku di negara ini.

Lebih membimbangkan pastinya di Sabah apabila 72.4 peratus daripada kes baharu pada hari ini di seluruh negara adalah datang negeri itu.

Jumlah kes baharu sebanyak 889 juga merupakan paling tinggi pernah dialami negeri itu dan sememangnya mendatangkan kerisauan dalam kalangan rakyat Sabah.

Pastinya lebih merisaukan apabila, jumlah tersebut merupakan seratus peratus jangkitan tempatan dengan dua kluster baharu muncul iaitu Kluster Mesra dan Kluster Megah.

Pecahan daripada jumlah kes tersebut dapat dilihat apabila 500 jangkitan merupakan daripada kluster sedia ada dan kluster baharu.

253 lagi pula mendapat jangkitan selepas mempunyai kontak rapat dengan kes-kes positif Covid-19. Sementara 136 lagi datang daripada pelbagai saringan termasuk saringan umum.

Ini bermakna sebanyak 11,285 kes Covid-19 pernah dicatatkan di negeri tersebut sementara jumlah kes aktif dengan kebarangkalian jangkitan adalah dijangkakan sebanyak 6,270 kes.

Sementara itu, sebanyak enam kes kematian dicatatkan di Sabah iaitu di Hospital Tuaran (1), Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu (1), Hospital Tawau (1), Hospital Duchess of Kent, Sandakan (2) dan Hospital Lahad Datu (1).

Bagaimanapun, pada hari ini sebanyak 449 kes sembuh dicatatkan di negeri itu dan 671 di seluruh negara. Jumlah tersebut menjadikan kes sembuh di Sabah secara keseluruhan adalah sebanyak 4,931. – SM

(Visited 165 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button