fbpx
EkonomiNasional

Rancakkan ekonomi micro untuk jana pertumbuhan ekonimi negara

AKTIVITI ekonomi peringkat negeri dan akar umbi perlu dirancakkan semula bagi memastikan ia dapat menjana pertumbuhan ekonomi negara yang terkesan akibat penularan pandemik COVID-19 di seluruh dunia.

Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, menurut laporan institusi antarabangsa antaranya Bank Dunia menyatakan Malaysia merupakan antara negara terawal yang diunjur mencatatkan pertumbuhan ekonomi tahun depan dengan kadar 6.3 peratus hingga 7.5 peratus.

Bagaimanapun, katanya, pertumbuhan itu hanya akan dapat dicapai sekiranya aktiviti ekonomi peringkat negeri dan akar umbi seperti industri kecil dan sederhana (IKS), peniaga kecil dan sektor ekonomi utama negeri dapat digiatkan.

“Usaha besar untuk tangani COVID-19, justeru kita juga punya komitmen sama untuk cerdaskan ekonomi negara dan negeri Melaka.

“Saya dan MITI  turun melihat sendiri halangan dihadapi sektor ini (ekonomi), Melaka kita ada pelancongan dan perindustrian,” katanya kepada pemberita, selepas mengadakan lawatan kerja melihat aktiviti pelancongan inap desa di Alai dan IKS di Umbai, di sini, hari ini.


Sementara itu, Mohamed Azmin berkata bagi merancakkan semula sektor pelancongan negara, kerajaan  kini sedang meneliti cadangan ‘gelembung perjalanan’ (travel bubble) yang membenarkan perjalanan antara rakyat dalam negara yang terlibat inisiatif itu.

Beliau berkata Malaysia telah mengenal pasti enam negara untuk cadangan itu iaitu Australia, New Zealand, Singapura, Brunei, Vietnam dan Jepun bagi membincangkan cadangan membuka sempadan untuk inisiatif tersebut.

“Kalau negara itu dah kawasan hijau maka kita sedia bincangkan SOP (prosedur operasi standard)  bagi bolehkan pergerakan khususnya pulihkan sektor pelancongan. Saya yakin negara seperti Singapura dapat bincangkan dalam masa terdekat,” katanya. – BERNAMA

Show More

Related Articles

Back to top button