Ekonomi

Raja Muda Perlis rasmi kafe Richiamo di UniMAP

RAJA MUDA PERLIS, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail semalam berkenan bercemar duli merasmikan kafe Richiamo di Universiti Perlis (UniMAP).

Program berkenaan turut disekalikan dengan Kayuhan Peduli MAIPs ke-56 bagi menyantuni asnaf.

Turut hadir Naib Canselor, Prof Zaliman Sauli dan Pengarah Urusan Richiamo Coffee Sdn. Bhd, Muhammad Zamry Abu Samah.

Pada majlis itu Richiamo turut menyampaikan sumbangan bernilai hampir RM200,000 kepada MAIPs.

Kafe yang terletak berhampiran Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik itu beroperasi sejak Disember lalu merupakan cawangan ke-88 kafe Richiamo.


(Visited 178 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button