NegeriRencah Hidup

Mangsa kebakaran Kampung Tanjung Batu Laut Logpond terima sumbangan MAIPs

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bersalaman dengan orang ramai di Lapangan Terbang Tawau sebelum berangkat balik ke Semenanjung.

MAJLIS Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menyumbangkan sebanyak RM20,000 untuk diagihkan kepada 79 keluarga mangsa kebakaran yang melibatkan 52 buah kediaman di Kampung Tanjung Batu Laut Logpond, Tawau, Sabah baru-baru ini.

Sumbangan berkenaan diserahkan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail melalui rakan strategik MAIPs iaitu Persatuan Jalinan Kasih Harapan Rakyat Sabah oleh Pengerusi, Sammi Liew Sam Yi dan Setiausahanya, Fitriyani Basri Eko.

Pihak berkenaan menerima amanah untuk disampaikan kepada mangsa kejadian kebakaran berkenaan yang telah memberikan kesan kepada 364 penghuni di kawasan terbabit.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengaminkan bacaan doa selamat di Lapangan Terbang Tawau sebelum berangkat balik ke Semenanjung.

Selain itu, turut disampaikan ialah sumbangan ‘Derma Kilat’ yang dikutip oleh para peserta Program Eks PerBah Kerajaan Negeri Perlis ke Negeri Sabah berjumlah RM4,500 yang diwakili pesertanya, Pengarah Urusan Kasyaf Bina Sdn Bhd, Datuk Zamri Mohamad.

Simbolik penyerahan tersebut disempurnakan oleh Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Yang DiPertua MAIPs di Lapangan Terbang Tawau sebelum berangkat balik ke Semenanjung.

Hadir sama ialah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan isteri, Presiden Majlis Perbandaran Tawau, Joseph Pang Pick Lim dan mantan Komander Rejimen 516 Askar Wataniah, Tan Sri Datuk Liew Yun Fah.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyaksikan penyerahan sumbangan MAIPs kepada Persatuan Jalinan Kasih Harapan Rakyat Sabah yang menerima amanah untuk menyampaikan kepada mangsa kebakaran di Kampung Tanjung Batu Laut Logpond, Tawau, Sabah baru-baru ini.

Dalam pada itu, Raja Muda turut menzahirkan ucapan takziah serta simpati kepada tiga keluarga mangsa kebakaran yang turut berlaku di Projek Transfomasi DiRaja Kampung Nelayan Warna-Warni Seberang Ramai Kuala Perlis pada Jumaat petang. – SM

(Visited 76 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button