NasionalNegeri

Raja Muda Perlis lancar melancarkan Al Khairi Insurance Limited

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menerima undangan bagi melancarkan Al Khairi Insurance Limited (AKIL) di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Pengerusi Eksekutif Al Khairi Insurance Limited, Datuk Seri Mohd Khairi Datuk Mat Jahya.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyaksikan MoU antara Al Khairi Insurance Limited yang diwakili Mohd Khairi (kiri) dengan beberapa buah syarikat lain di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur.

Turut hadir Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.

AKIL telah didaftarkan sebagai sebuah syarikat insurans am di Wilayah Persekutuan Labuan pada 31 Januari 2023 lalu bagi membekalkan perlindungan insurans dan Takaful di dalam pelbagai industri ke serata dunia.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan melancarkan Al Khairi Insurance Limited (AKIL) secara simbolik di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur.

Syarikat ini juga mempunyai kepakaran dan bersedia untuk memberi perlindungan insurans dan Takaful di dalam sektor marin, penerbangan, pengangkutan dan juga perlindungan perubatan antarabangsa.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyaksikan MoU antara Al Khairi Insurance Limited yang diwakili Mohd Khairi (kiri) dengan beberapa buah syarikat termasuk dari Arab Saudi di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur

Al Khairi Insurance Limited menawarkan satu produk unik yang buat masa ini, satu-satunya syarikat yang memberi perlindungan perubatan antarabangsa secara ‘Cashless’ kepada para Jemaah Haji dan Umrah semasa mereka berada di Mekah dan Madinah.

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Al Khairi Insurance Limited dengan beberapa buah syarikat lain antaranya PM Protected Cell Company Limited, AlBayt Medical Centre dari Arab Saudi dan VFS Global dari Emiryah Arab Bersatu (UAE).

MOHD Khairi berucap pada majlis pelancaran Al Khairi Insurance Limited (AKIL) yang berkenan dilancarkan olen Tuanku Syed Faizuddin Putra di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur.

Raja Muda menzahirkan agar Al Khairi Insurance Limited akan menjadi sebuah syarikat insurans yang berjaya dan maju bukan sahaja di Malaysia bahkan di peringkat antarabangsa. – SM

BACA Raja Muda berkenan hadir di ‘SnappEd#09 Perlis International Education Expo 2023’

BACA Raja Muda Perlis hadir hari lahir Penasihat Kenanga Investment Bank Berhad

(Visited 165 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button