Nasional

Program kerjaya untuk asnaf dapat sambutan

‘Program Peluang Kerjaya dan Temuduga Terbuka’ pada sabtu 15 dan ahad 16 Januari 2022 anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) melalui anak syarikatnya Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) Sdn Bhd mendapat sambutan baik di kalangan masyarakat dengan kehadiran asnaf dan pelajar-pelajar sekolah seluruh negeri ini.

Antara 400 ke 600 slot pekerjaan ditawarkan dalam program yang diadakan di Dewan Besar, Jabatan Belia dan Sukan Negara Cawangan Negeri Perlis, Kangar bagi membantu golongan asnaf dan yang tidak tetap pendapatan di negeri ini untuk mendapatkan pekerjaan.

Anakanda-anakanda Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail iaitu Sharifah Khatreena Nuraniah dan Sharifah Farah Adriana berkenan berangkat meninjau booth-booth organisasi yang terlibat dalam program tersebut.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Hj Mohd Nazim Mohd Noor terdapat beberapa industri dan penyedia latihan yang terlibat dalam pengambilan peserta antaranya ialah Akademi Binaan Malaysia (ABM), Kulim Hi Tech Park, KISMEC Sungai Petani, The Otomotif College (TOC) Kuala Lumpur, McDonalds Malaysia dan akhir sekali Restaurant Mohd Chan Group Berhad.

Selain di atas, beberapa lagi pihak ialah The Welding Institute (TWI), Shah Alam, Malaysian Professional Accountancy Centre (MyPAC), KOBE Precision Technology Sdn Bhd, Bebas, Mokti’s, Amber Chinese Muslim Restaurant dan akhir sekali Wahyuni SPA, Kangar.


(Visited 100 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button