Agama

MAIPs peruntuk RM3.06 juta untuk baiki pulih rumah

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memperuntukkan sebanyak RM3.06 juta untuk bantuan baik pulih rumah mikro yang disumbangkan melalui masjid-masjid seluruh negeri Perlis sepanjang tahun 2022 ini.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang DiPertua MAIPs bertitah, sumbangan itu adalah sebahagian daripada inisiatif dalam Pelan Tindakan Agihan Holistik MAIPs 2.0 dalam melestarikan agihan zakat yang sedang melalui fasa pengukuhannya.

“Di fasa ini, MAIPs sedang mendalami dan
memperluaskan inisiatif
strategik berimpak yang telah
dilaksanakan di fasa pertama dalam Pelan Tindakan Agihan Holistik,” jelas baginda.

Titah Tuanku Raja Muda lagi, Pengurusan MAIPs sentiasa menginsafi akan tanggungjawab yang terpundak di bahu dalam melaksanakan pengurusan agihan zakat yang sempurna dan mencapai sasarannya.

Demikian titah baginda selepas berkenan berangkat menyaksikan upacara simbolik Sumbangan Bantuan Baik Pulih Rumah Mikro tersebut yang diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Hj Mohd Nazim Mohd Noor kepada Imam 1 merangkap Pengerusi Jawatankuasa Masjid Nurul Husna, Felda Chuping, Mohd Fitri Mohamad di masjid berkenaan pada malam semalam.

Tuanku Raja Muda turut menunaikan solat isyak dan sunat tarawikh secara berjamaah bersama-sama dengan anak kariah masjid itu.

(Visited 446 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button