Politik

PRN Sabah: Pemuda UMNO Sabah sokong Bung Moktar

KETIKA 12 bahagian tidak berpuas hati dengan pemilihan Datuk Seri Bung Moktar Radin sebagai Ketua Jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, pemuda UMNO negeri tetap menyokong Ahli Parlimen Kinabatangan itu.

Ketua Pemuda UMNO Sabah, Abdul Aziz Julkarnain berkata, mereka  akan mempertahankan apa sahaja keputusan parti kerana menghormati keputusan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memilih Bung untuk mengetuai jentara gabungan itu.

“Pemuda UMNO Sabah akan memastikan jentera di peringkat akar umbi bekerja keras untuk mendapatkan kembali kepercayaan rakyat pada BN,” katanya hari ini seperti yang dipetik daripada Free Malaysia Today.

Bung Mokhtar

Menurut Abdul Aziz, Pemuda BN mesti bersedia merancang dan menghalusi aturan untuk pilihan raya itu.

Mesti tumpu ke arah itu, dan menewaskan Warisan mesti jadi keutamaan, katanya.

“Kami menggesa semua pihak menghormati keputusan pimpinan, dan kita mesti bergerak sama demi nasib dan kepentingan rakyat Sabah,” katanya lagi.

 

Semalam, Ahli Majlis Tertinggi, Abdul Rahman Dahlan bercakap bagi pihak 12 pimpinan bahagian berkata, mereka tidak mahu seorang pemimpin yang perlu menghadiri kes mahkamah atas dakwaan rasuah, berkempen untuk gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri.

Ketua UMNO Bahagian Tuaran itu berkata, memilih Bung Moktar untuk mengetuai jentera gabungan itu seperti memberi peluru kepada pihak lawan.

Katanya lagi, UMNO Sabah mempunyai ramai pemimpin yang berkelayakan dan mampu membawa kemenangan untuk BN. – SM

(Visited 136 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button