Politik

PRN Melaka: Ready lawan 3 penjuru

KECIL atau besar, pilihanraya negeri ataupun pilihanraya umum, ia penting bagi rakyat Malaysia dan PRN Melaka menyaksikan pertandingan tiga penjuru seperti mana yang diramalkan oleh para penganalisa politik tanah air.

Ya, “ready lawan 3 penjuru”, kata Datuk Saiful Bahar Arshad kepada wartawan SUARA MERDEKA.

Menjelangnya PRN Melaka, terdapat beberapa fakta yang diketahui setakat ini berhubung pertandingan tiga penjuru.

Pertamanya, bersiap sedia untuk bertanding tiga penjuru. BN bertanding 28 kerusi. PN pun bertanding 28 kerusi, inilah pengamatan yang dilakukan.

Mengimbas kembali PRU 14 pada Mei 2018 lalu pada ketika itu PAS bertanding 24 kerusi dan kalah semua.

Pada PRU14, BERSATU (PBBM) bertanding 6 kerusi. Menang dua kerusi di Paya Rumput dan Telok Mas, kata Saiful.

Dan PRU14 juga UMNO bertanding 18 kerusi dan menang 13 kerusi dan situasi di DUN Melaka, kalah 5.

Mengikut pengamatan Penganalisa Politik termasuk Saiful, Perikatan Nasional (PN)  dijangka meletak 5 calon daripada Parti Gerakan, 8 calon daripada parti PAS dan BERSATU pula akan bertanding 15 kerusi DUN di PRN Melaka.

Manakala BN dijangka akan meletakkan 8 calon daripada MCA dan MIC dan UMNO akan bertanding di 20 kerusi DUN Melaka.

Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh

Mendapat khabar berita dari Melaka, Pengerusi BN  Melaka, Datuk Seri Abd Rauf memberi gambaran jelas, berkemungkinan besar tidak akan bertanding sebarang kerusi pada PRN kali ini.

Calon bakal Ketua Menteri Melaka dari UMNO yang baru dijangka sama ada Datuk Seri Sulaiman atau Datuk Seri Mohamad Ali (Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka).

Apa pun, PRN Melaka akan menjadi kayu pengukur kepada kekuatan Barisan Nasional dan Perikatan Nasional di mana kedua-dua gabungan ini bertanding secara solo buat pertama kalinya.

Bagaimanapun, perbezanya di sini, sekiranya dahulu kemenangan BN di Pilihanraya-pilihanraya Kecil (PRK) adalah disebabkan faktor gabungan dalam Muafakat Nasional iaitu gabungan kerjasama politik antara UMNO dengan PAS.

Tetapi kali ini, PAS sudah mengalihkan sokongan mereka kepada BERSATU dalam satu gabungan politik yang dipanggil Perikatan Nasional.

AHMAD ZAHID HAMIDI

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kelihatan serius tidak mahukan kerjasama politik dengan BERSATU.

Manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menggariskan pendirian Perikatan Nasional dalam empat perkara iaitu :

(i)  Menjamin kerajaan yang bersih

(ii) Tiada rasuah dan salahguna kuasa dalam kerajaan

(iii) Tiada campurtangan dalam urusan Mahkamah

(iv)  Ketelusan dan Transparensi

Akhirnya, mandat sudah dipulangkan kepada rakyat Melaka. Terpulang kepada orang Melaka untuk membuat pilihan. – SM

(Visited 363 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button