Politik

PN dan sekutu dijangka bertembung di 11 kerusi di Sabah

Perikatan Nasional (PN) dan rakan sekutunya Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) dijangka akan bertembung antara satu sama lain di sekurang-kurangnya 11 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Ini berdasarkan senarai nama calon yang diumumkan semalam oleh parti masing-masing semalam.

Kerusi-kerusi terbabit adalah Bengkoka (UMNO/PBS), Telupid (UMNO/ PBS), Matunggong (PBS/PBRS), Kadamaian (PBS/PBRS), Tandek (PBS/PBRS), Tulid (PN/PBRS), Sook (PN/PBRS), Kapayan (MCA/PBS), Karamunting (MCA/PBS), Paginatan (UMNO/PN) dan Tanjung Aru (UMNO/PBS).

Menurut Bernama, secara keseluruhannya, PN yang terdiri daripada Bersatu, STAR dan SAPP, akan bertanding 29 kerusi, PBS 15 kerusi, manakala BN yang terdiri daripada UMNO, MCA dan PBRS pula 40 kerusi.

PRN Sabah mempunyai 73 kerusi untuk ditandingi dengan hari pencalonan telah ditetapkan pada Sabtu manakala hari mengundi pada 26 Sept.

Sementara itu Warisan Plus yang terdiri daripada Warisan, DAP dan Amanah, akan bertanding di 54 kerusi dan UPKO (14), menjadikan jumlah keseluruhan 68 kerusi. PKR masih belum mengumumkan kerusi yang akan mereka tandingi.

Warisan, UPKO dan PKR juga akan menggunakan logo masing-masing dalam PRN ini.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button