Nasional

Gelombang kedua Covid-19: Rakyat Kedah jangan panik – Sultan Kedah

BERTENANG. Jangan panik. Situasi yang berlaku di tujuh daerah di negeri jelapang padi, Kedah berkemungkinan gelombang kedua wabak Covid-19.

Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bertitah agar rakyat bersikap tenang dan tidak panik.

Baginda bertitah, rakyat perlu berhati-hati dan patuh kepada arahan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Titah baginda lagi, rakyat adalah dinasihatkan diam di rumah, sentiasa berada di rumah dan hanya keluar jika ada urusan penting. Kalau tidak, tidak perlulah keluar rumah tanpa sebarang tujuan.

“Arahan dan prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh kerajaan jangan diambil mudah oleh semua.

“Apa yang dilakukan (arahan dan SOP) adalah bertujuan memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat terjamin,” titah baginda menerusi satu kenyataan.

Baginda turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana telah merancang dan mengambil tindakan yang berterusan sebagai persediaan menghadapi wabak itu.

Sebelum ini, masyarakat telah diingatkan agar meneruskan normal baharu dan mengamalkan SOP dalam usaha memutuskan rantaian wabak Covid-19.

Pandemik Covid-19 telah meragut ratusan ribu nyawa di seluruh dunia dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan agensi-agensi berkaitan telah berusaha untuk mengawal penularan coronavirus sejak Mac lalu.

Tuanku bertitah, baginda dan Sultanah Kedah Sultanah Maliha Tengku Ariff serta seluruh kerabat Diraja negeri sentiasa mendoakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat agar kembali bebas daripada pandemik itu. – SM

 

(Visited 399 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button