fbpx
Nasional

Kerajaan jawab tanda tanya pakej Prihatin

MERUJUK  kepada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bernilai RM250 bilion yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 27 Mac, kerajaan melalui Kementerian Kewangan telah mengeluarkan penjelasan melalui pautan  Siaran Media – BPN – Kementerian Kewangan 29032020 (1)

Pembayaran BPN akan dibuat dalam dua fasa iaitu pada akhir bulan April dan Mei 2020,
mengikut kelayakan.

Bagi mereka yang belum berdaftar, permohonan baharu boleh dibuat mulai 1 April  menerusi laman web rasmi LHDNM: www.hasil.gov.my.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak Kementerian atau LHDNM melalui nombor-nombor telefon atau saluran-saluran berikut: 03-8882 9089, 03-8882 9087, 03-8882 9191, 03-8882 4565, 03-8882 4566.

Kementerian mengingatkan orang awam juga agar berhati-hati dengan scammers yang semakin berani mengambil peluang menipu orang awam yang memerlukan bantuan Pakej PRIHATIN ini.

Penerima disarankan merujuk kepada sumber-sumber rasmi dan jangan memberikan maklumat kepada mana-mana pihak ketiga.

Kementerian ingin berterima kasih kepada rakyat Malaysia kerana telah berkongsi
pandangan, teguran dan cadangan mengenai Pakej PRIHATIN menggunakan pelbagai
saluran.

Kementerian melalui Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara
Agensi Nasional (LAKSANA), bersedia memastikan bantuan Pakej PRIHATIN disampaikan
dengan efisien dan cepat – SM

 

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button