Rencah Hidup

Perjuangan anak muda demi agama, bangsa dan negara

ANNEMS Leadership Solutions Sdn Bhd telah menganjurkan Malam Aspirasi Pejuang edisi ke-5 di Bangi Resort Hotel malam tadi. Acara tahunan ini bertujuan untuk menganugerahkan penghargaan dan pengiktirafan kepada usahawan negara. Majlis pengiktirafan ini telah dihadiri lebih 140 usahawan dari 55 buah syarikat.

Acara dimulakan dengan Majlis Penyampaian Sijil Konvokesyen Business Sustainability Solution (BSS) pada sebelah pagi dan disusuli dengan Majlis Makan Malam yang bertemakan Hikayat Nusantara dan Penyampaian Anugerah untuk mengakhiri majlis tersebut.

Acara ini telah dihadiri oleh beberapa jenama terkenal negara seperti By Chefiza, De’Xandra, Sugarscarf, Supercube, Zafesha, Leyna, Kayman, Charms, Jamu Tun Teja dan NFH Boutique.

Datuk Faridah Hanim Haron, Presiden Annems Leadership Solution mempunyai lebih dari 30 tahun pengalaman memimpin perubahan di sector korporat, agensi kerajaan dan perniagaan di Malaysia dan juga syarikat antarabangsa.

Beliau juga telah mengukir reputasi yang tinggi melalui peningkatan kemahiran dan latihan sektor perniagaan tempatan dengan hala tuju yang lebih strategik, membangunkan struktur yang mampan serta proses pengurusan perniagaan yang sistematik.  Penumpuan kepada kepimpinan dan budaya organisasi dengan jelas dan perancangan yang lebih teratur juga merupakan antara intipati latihan yang telah diterapkan oleh Annems Leadership Solution di dalam memastikan kejayaan sesebuah perniagaan.

Berucap di acara bertemakan ‘Hikayat Nusantara’, berslogankan, ‘Suatu Pengorbanan, Satu Pelayaran, ke Satu Destinasi yang Abadi’, Datuk Faridah berkata, Malam Aspirasi Pejuang telah dilancarkan semenjak 2018 adalah bertujuan untuk menggalakkan pemain industri ini untuk terus bersama-sama membentuk semula Malaysia menjadi sebuah negara yang mempunyai sektor perniagaan bertaraf global dan sekaligus menjadi penyumbang kepada kemakmuran ekonomi negara.

“Saya bangga melihat ramai usahawan Malaysia telah mula mengukuhkan model perniagaan mereka dengan mengintegrasikan kemampanan di keseluruhan ‘value chain’. Ia memerlukan minda keusahawanan yang ada keberanian serta kepercayaan kukuh untuk melakukannya secara berterusan.

“Usahawan dari kalangan anak-anak didik saya lebih fokus dalam membangunkan oraganisasi masing-masing agar boleh bertahan lama dengan struktur dan system yang efektif dan efisien. Mereka kini mahir memantau prestasi perniagaan mereka dengan pengukuran-penguran yang lebih tepat dan menyerapkan budaya kerja di syarikat masing-masing mengikut gaya kerja koporat yang professional.” sambungnya.

Ketika ditanya mengenai minatnya dalam membantu usahawan, Datuk Faridah berkata, “Falsafah saya dalam hidup ialah untuk sentiasa membantu orang lain yang memerlukan, sama ada secara profesional mahupun dalam kehidupan peribadi saya. Dari segi profesional, saya akan terus membantu mengukuhkan lagi organisasi-organisasi dibawah bimbingan saya, melahirkan usahawan-usahawan yang bijak dan berjaya, serta suka menghulurkan bantuan pada orang lain. Ini adalah satu kepuasan dalam diri saya.

Atas kapasiti sebagai Presiden Annems, saya berasa bersyukur kerana telah berjaya merubah minda serta kualiti perniagaan anak-anak didik saya yang secara keselurahannya hampir 400 syarikat sehingga hari ini. Saya bertekad, kerana tahun ini saya telah menjangkau umur 59 tahun, saya ingin fokus dalam membantu menyerlahkan lagi keunikan tersendiri yang dibawa oleh setiap individu dari kalangan anak didik saya, dan bersatu di bawah satu semangat dan niat yang sama, ini perjuangan saya untuk menyatukan mereka agar kita mampu jadi lebih hebat lagi.” Jelas Datuk Faridah Hanim Haron yang lebih disenangi dengan panggilan ‘Ibu Hanim’.

Majlis Penyampaian Sijil BSS merupakan satu pengiktirafan untuk peserta usahawan yang telah berjaya menamatkan program Business Sustainability Solution (BSS) dari Batch 11 dan 12. Program BSS ini yang telah mengambil masa selama 5 bulan, 16 hari dan 11 malam. Ia merupakan program intensif dengan kaedah, formula dan teknik yang diuji dan terbukti dapat membantu untuk membina organisasi berstruktur, perniagaan yang mampan dan tahan lama serta membangunkan warisan perniagaan yang dinamik.

Pada akhir program, peserta akan dapat memimpin, mengurus, membuat keputusan, mengoptimumkan sumber yang ada, menyusun strategi perniagaan, meningkatkan produktiviti, dan seterusnya mencapai keuntungan maksimum untuk kejayaan jangka panjang.

Majlis ini juga menyaksikan Penyerahan Anugerah kepada syarikat-syarikat dibawah bimibingan Datuk Faridah Hnaim Haron. Keputusan penilaian anugerah ini bersandarkan data serta maklumat terkini dari setiap syarikat yang di pantau oleh Annems.

Pemenang Anugerah bagi Malam Aspirasi Pejuang 2023 adalah:

Rising Star Award

  1. Supercube
  2. Mexblu
  3. Ahmad Tamar

 

Promising Brand Award

  1. Wawa Cosmetic
  2. Al Humaira
  3. Laurea Home Furnishing

 

Industry Leader Award

  1. Pasta Panas
  2. Sarman Printing
  3. Securido

 

Business Transformational Award

  1. Flavaris
  2. Hijabs By Hanami
  3. J Advertising

 

Highest Growth Award

  1. Jamu Tun Teja
  2. Dalila
  3. Superbig Pharmacy

 

Artikel berkaitan > Ilmu perniagaan Ibu Hanim bantu usahawan

(Visited 278 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button