Hiburan

Hafidz Roshdi sah ditahan polis.. namun dibebaskan pada hari sama?

GARA-GARA tumbuk muka isteri sehingga koyak pada bahagian pipi, pelakon kacak dan tampak alim, Hafidz Roshdi akhirnya sah ditahan polis pada Sabtu.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dan selepas ditahan kira-kira jam 12 tengah hari, Hafidz dibebaskan dengan jaminan polis.

Hafidz dibebaskan dengan jaminan polis pada hari sama dan mangsa, Nurul Shuhada Mat Shukri akan dipanggil semula untuk memberi keterangan.

Ujar polis, insiden pelakon lelaki itu menumbuk wajah isterinya berlaku di sebuah kawasan rehat dan rawat (R&R) di Sungai Buloh dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Setakat ini, polis juga akan mendapatkan surat perintah mahkamah sementara untuk menghalang Hafidz daripada mendekati mangsa sepanjang siasatan dijalankan. – SM

(Visited 624 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button