Nasionalpilihan

HKK 2023 sasar nilai jualan RM16 juta

KEMENTERIAN Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Kraftangan Malaysia menganjurkan Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2023buat kali ke-20 bermula pada 1 hingga 13 Mac 2023, dari pukul 10 pagi hingga 10 malam bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay.

Majlis perasmian telah disempurnakan hari ini oleh Menteri Pelancongan, Seni dan BudayaDatuk Seri Tiong King Sing di Pangung Sari, Bangunan Seri Utama, Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Turut menyerikan majlis dengan kehadiran isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Penganjuran HKK 2023 merupakan ‘signature event’ yang disambut secara besar-besaran setiap tahun bagi meraikan dan memberi pengiktirafan terhadap penglibatan dan sumbangan usahawab, komuniti serta pengiat kraf kepada pembangunan industri kraf negara.

HKK 2023 kali ini membawa tema ‘Ini Kraf Malaysia’ bagi menyuntik kesedaran serta kecintaan masyarakat dan menambah pengetahuan terhadap produk kraf keluaran tempatan. Manakala ‘Kraf Identiti Malaysia’ pula dipilih sebagai konsep HKK 2023 bagi mengtengahkan penghasilan produk kraf daripada pelbagai kaum.

Penganjuran HKK 2023 selama 13 hari ini menghimpunkan penyertaan usahawan kraf dalam bidang kraf tekstil, hasil rimba, hasil tanah, hasil logam dan aneka jenis kraf seluruh negara melalui penyertaan seramai 550 usahawan dan komuniti kraf.

Sasaran nilai jualan HKK 2023 sejumlah RM16 juta dengan jangkaan seramai 185 ribu orang kehadiran pengunjung. HKK 2023 turut dipanjangkan melalui Festival Kraf Kebangsaan 2023 di pusat bili-belah terpilih di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, Sabah dan Sarawak sehingga bulan April.

Dalam majlis yang sama, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyampaikan sijil Standard Kraftangan Malaysia 1:2022 kepada 5 usahawan yang Berjaya melepasi standard piawaian. Standard Kraftangan Malaysia merupakan penilaian bagi pengelasan industri kraf tangan Malaysia yang objektifnya adalah untuk memartabatkan industri kraf tangan Malaysia serta menjadi asas pengiktirafan kepada usahawan, komuniti dan produk kraf.

Turut disampaikan juga, Anugerah Usahawan Kraf Muda dan Anugerah Usahawan Kraf. Penganugerahan ini diberikan kepada usahawan kraf yang mencapai kecemerlangan dalam bidang kraf malah turut memberi sumbangan kepada komuniti setempat terlibat secara aktif di dalam pembangunan industri kraf negara. Ia memberi galakan dan semangat kepada usahawan kraf agar lebih kreative, inovatif dan produktif.

HKK 2023 mengetengahkan pelbagai aktiviti menarik seperti Jualan Kraf, Padanan Perniagaan, Pameran MYCRAFTSHOPPE, Pameran Standard Kraftangan Malaysia, Pameran Kraf Komuniti Ku (KKK), Pameran Kehalusan Seni Kraf Tenunan & Sulaman, Pameran Institut Kraf Negara (IKN), Pameran produk Baharu & Hasil Kajian, Demonstrasi Kraf, Demonstrasi Kuih Tradisional, Seminar Kraf, Interaktif Kraf, Khidmat Iring, Persembahan Kesenian, CRAFTGANZA@Craftvillage dan Cita Rasa Malaysia.

Motac melalui Kraftangan Malaysia Berharap rakyat Malaysia terus menyokong dan membeli produk keluaran tempatan bagi membantu usahawan kraf meningkatkan pendapatan dan sekali gus memastikan ekonomi negara kekal berdaya saing. Orang ramai dijemput berkunjung ke HKK 2023. – SM

Artikel berkaitan > Kraftangan Malaysia anjur Festival Kraf Johor 2022

(Visited 402 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button