Nasional

Perdana Menteri Anwar ucap Selamat Hari Deepavali

SELAMAT Hari Deepavali kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Hindu. Deepavali yang diraikan sebagai ‘pesta cahaya’ adalah simbolik kemenangan cahaya ke atas kegelapan, kebaikan atas kebobrokan serta kekuatan ilmu mengatasi kejahilan dan keangkuhan.

Sebagaimana ungkapan dalam Thirukural; குறள் 39:
“அறத்தான் வருவதத இன்பம் மற்றறல்லாம் புறத்த புகழும் இல.”
“araththaan varuvathae inbam matrraellaam puraththa pukalum ila”
(Kebahagiaan yang berpunca daripada etika atau tatakelola yang baik merupakan nikmat yang sebenar dan kegembiraan berpunca daripada sikap yang tidak beretika adalah penderitaan atau tidak membawa kebahagiaan yang mampan).

Lantaran itu, perayaan Deepavali ini adalah salah satu jalan dalam membangun Malaysia yang madani, hormat menghormati selain memelihara kerukunan antara kaum.

Kejamakan budaya di negara ini mesti terus dipertahan tanpa diganggugugat oleh mana-mana pihak.

Sebarang percubaan untuk melemahkan tiang masyarakat ini mesti dipatahkan dengan sikap beserta nilai dan budi pekerti yang tinggi.

Kerajaan Perpaduan akan memastikan pembangunan sosioekonomi semua rakyat, pengagihan kekayaan yang lebih saksama dan bantuan kepada yang memerlukan disampaikan dengan lebih tuntas dan cekap.

Saya akan berusaha bagi memastikan kebajikan dan tahap hidup masyarakat, yakni masyarakat Hindu terutamanya, terus ditambahbaik dan dilindungi. Nikmat dan khazanah negara mesti dirasai semua secara adil dan saksama.

Sekali lagi saya ucapkan “Deepavali Nal Valthukal” (Selamat Hari Deepavali) kepada seluruh penganut Hindu di Malaysia. – SM

(Visited 70 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button