Parlimen

KJ jamin semua warga pendidik dapat vaksin sebelum sekolah dibuka

Semua warga pendidikan akan diberikan vaksinasi Covid-19 sebelum sekolah dibuka pada September ini.

Jaminan itu diberikan oleh Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin.

“Saya bersama Menteri Pendidikan memberi jaminan bahawa semua warga pendidikan akan diberikan vaksinasi sebelum sekolah dibuka,” katanya ketika menggulung perbahasan mengenai vaksinasi di Dewan Rakyat hari ini.

Sehingga 27 Julai seramai 303,682 atau 73.5 peratus guru telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Selain itu seramai 45,197 orang (67 peratus) bagi kumpulan pelaksana yang menerima satu dos, manakala perkhidmatan sokongan kontrak pula seramai 33,633 (38 peratus).

“Bagi vaksinasi guru kelas peperiksaan Tingkatan Lima dan Enam, status kemajuan adalah menggalakkan dengan sejumlah 80,717 guru (90 peratus) telah divaksin.

“Sekolah swasta pula seramai 12,894 guru (66.8 peratus) telah divaksin di mana 4,367 guru tahun peperiksaan (58 peratus) dan 3,026 kakitangan sokongan (54 peratus) telah menerima sekurang-kurangnya satu dos,” jelasnya.-SM

(Visited 60 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button