Politik

Penyokong UMNO kena terima hakikat perlu kerjasama dengan gabungan lain

NAIB Presiden UMNO, Datuk Seri Khaled Nordin berkata, rakyat khususnya penyokong UMNO perlu belajar menerima hakikat perlunya kerjasama dengan gabungan lain kerana hakikat politik kini tidak memungkinkan sesebuah parti itu menjadi kerajaan secara tunggal.

Khaled yang kini menjawat jawatan Menteri Pengajian Tinggi dalam Kerajaan Perpaduan berkata, pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), tiada satu gabungan tidak dapat membentuk pentadbiran sebelum pembentukan kerajaan perpaduan gabungan Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan parti dari Sabah serta Sarawak.

“Itulah yang akan berlaku selepas ini. Maknanya kita kena belajar bekerjasama dengan mana-mana parti lain kalau hendak ada kedudukan, kuasa dan jadi kerajaan.

“Perikatan Nasional (PN) pun kena belajar kerjasama dengan UMNO, ingat dia suka ke kita? Kena belajar.

“Apatah lagi ini zaman memang kita tak boleh bergerak solo. Zaman ini, kita perlu ada kerjasama dan ia menjalar kepada keadaan berpolitik,” katanya.

Menurut Ahli Parlimen Kota Tinggi itu lagi, sepanjang bekerjasama dengan DAP, parti itu tidak pernah memaksa UMNO menggugurkan agenda dan perjuangan sebagai parti mewakili Melayu.

“Ada DAP suruh gugurkan perjuangan kita? Ada pernah dengar? Ya betul, di Wilayah Persekutuan DAP buat usul hendak menubuhkan pilihan raya peringkat kerajaan tempatan.

“Tetapi sesiapa pun boleh buat usul. UMNO pun boleh. Yang lain, tak ada masalah,” kata Khaled. – SUMBER UTUSAN MALAYSIA – SM

(Visited 37 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button