Politik

Penyokong Pakatan Harapan teruja dengar ahli Parlimen Hulu Langat melalak!

Penyokong Pakatan Harapan mengucapkan rasa syukur kerana berpeluang melihat kelakuan Ahli Parlimen Hulu Langat, Sany Hamzan yang cukup hebat pada hari pertama dalam Dewan Rakyat.

Biar pun sudah menjadi Kerajaan, Sany langsung tidak menghilangkan jati dirinya sebagai seorang ‘fighter’ dari dunia pembangkang dan terus menunjukkan kredibiliti yang luar biasa.

Dalam erti lain, walaupun Sany terpaksa berkerusi roda atau mengangkat sumpah dari tempat duduknya sahaja, beliau membuktikan mampu gegarkan Dewan Rakyat hanya dengan suaranya.

Sesungguhnya, kelakuan ini seharusnya diberi pengiktirafan tertinggi kerana menerusi Sany, majoriti rakyat Malaysia termasuk pengundi 18 yang mengundi Sany di Hulu Langat dapat belajar sesuatu.

Mereka dapat belajar bahawa sentiasa perlu tunjuk garang dan berangin tak kira tempat serta kekalkan jati diri sebagai pembangkang walaupun sudah jadi Kerajaan yang punya kuasa.

(Visited 3,411 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button