Nasional

Peniaga perlu memaksimumkan kuasa media sosial

Oleh Cyril Supain

PADA tahun 1998, Nokia merupakan pengeluar telefon terbesar di dunia. Pada tahun 2003, Apple memperkenalkan Iphone. Menjelang 2001, Nokia tidak lagi boleh diselamatkan

Ia akhirnya dibeli oleh Microsoft pada tahun 2003. Nasib yang sama juga menimpa Kodak. Syarikat pengeluar kamera yang diasaskan pada tahun 1889 ini akhirnya jatuh bankrap lebih seratus tahun kemudian iaitu pada tahun 2012.

Kedua-dua syarikat ini sedar potensi teknologi pintar, tetapi gagal mengadaptasi dan berinovasi. Kos mereka juga tidak kompetitif.

Kini keduanya menjadi bahan rujukan universiti tentang bagaimana sesebuah syarikat gergasi muncul, merosot dan akhirnya gagal.

Pengajaran ini boleh dipelajari oleh semua peniaga, petani dan pemasar di negara ini.

Baru-baru ini, dengan perintah kawalan pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 28 April 2020, kita melihat ada petani lebih rela membuang dengan begitu sahaja hasil pertanian mereka kerana ketiadaan peraih.

Kita juga kerap membaca keluh kesah peniaga yang kehilangan pendapatan harian dek PKP. Sudah tentu ini sesuatu yang amat dikesalkan. Namun, kita tidak boleh menyerah begitu sahaja.

Justeru, kita menyeru agar para peniaga dan pemasar memaksimum pengunaan sosial media di dalam urusniaga seharian.

Seiring PKP, kesemua pelanggan’ sedang aktif menggunakan aplikasi sosial media seperti Facebook, Twitter, Whatsapp, Instagram, Youtube dan banyak lagi untukberkomunikasi, berkongsi maklumat dan membeli-belah.

Kesemua media yang disebutkan diatas sebenarnya dapat membantu para peniaga untuk menonjolkan produk atau perkhidmatan mereka.

Dalam salah satu temuduga penulis dengan seorang Pengarah Jualan Kanan atau perunding kecantikan sebuah syarikat jualan langsung baru-baru ini, beliau menyatakan bahawa syarikat masih mampu mengekalkan momentum jualan ketika (PKP) ini dengan adanya platform media sosial.

Selain itu, mereka juga dapat berkomunikasi dengan perunding kecantikan dan pelanggan mereka setiap masa. Contoh syarikat lain yang berjaya menggunakan platform media sosial dengan jayanya ialahFoodPanda” dan “Grabfood”.

Melalui operasi penghantaran, syarikat ini menggunakan aplikasi yang ada di tangan para pengguna (telefon pintar), Facebook dan laman web.

Cadangan ini boleh dipanjangkan kepada para nelayan dan petani juga. Para nelayan dan petani boleh meminta bantuan daripada pihak keluarga, sanak saudara untuk membantu membangunkan laman “Facebook dan “Group Whatsapp” untuk memasarkan hasil mereka.

Setiap hasil dimuatnaik ke “Facebook dan “Group Whatsapp. Kaedah sama boleh dipakai untuk e-tamu, e-pasar basah dan e-bazaar juga nanti. Apa yang penting ialah peniaga, petani, nelayan, pemasar dan peraih kena teruskan berkomunikasi dengan pelanggan.

Waktu PKP ini adalah kesempatan untuk semua memperbetulkan kesilapan dan kelemahan operasi perniagaan, merancang strategi pemasaran yang sesuai ketika dan selepas PKP.

Atau mereka perlu membuat inovasi ke atas produk atau perkhidmatan sebelum ini agar perniagaan kekal relevan dan punya kelebihan persaingan kelak.

Hanya kemahuan untuk beradaptasi dan berinovasi akan mampu mentransformasikan sesuatu halangan menjadi satu peluang.


Hanya dengan cara ini peniaga, petani dan pemasar di Malaysia boleh mengelak daripada membuang begitu sahaja hasil dan produk mereka. Dan hanya dengan ini mereka dapat mengelak menjadi satu lagi kisah sedih Nokia dan Kodak.

PENULIS adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTM Cawangan Sabah, Kampus Kota Kinabalu. 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button