Nasional

Suara hati seorang peniaga buah tembikai

KOMENTAR

TIDAK putus-putus SUARA MERDEKA didatangi respon orang ramai yang meluahkan suara hati melalui aplikasi WhatsApp – sama ada berupa penghargaan ucapan terima kasih kepada bantuan kerajaan atau keluhan akibat terjejas hidup kerana COVID-19.

Dari penjual ikan, penjaja tepi jalan sehinggalah peringkat penjawat awam yang merungut dengan penguatkuasaan ketat radius 10 kilometer Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Namun SUARA MERDEKA sering mengingatkan mereka, jika tidak diperketatkan dengan hukuman penjara dan denda terhadap pelanggar perintah ini, risikonya 14 April nanti akan dipanjangkan, sekali gus memburukkan lagi ekonomi isi rumah dan negara.

Begitupun, atas mendukung semangat memperjuangkan nasib rakyat yang menjadi agenda Utusan Malaysia tempoh hari, portal ini yang dibangunkan atas keinsafan sekumpulan bekas wartawan akhbar berkenaan, memuat naik keluhan peniaga buah tembikai yang terjejas akibat pandemik ini.

BACA

Hari ini, SUARA MERDEKA kongsi dengan pembaca antara keluhan dan suara hati yang kami terima:

“Waktu brader ni datang jumpa kami di #PasaGo untuk letakkan hasil tani dia tempoh hari, bergenang mata kami mendengar cerita jerih payahnya.

Macam orang hilang arah dibuatnya. Mana taknya, hasil tani dah start keluar. Tapi market tiba-tiba close down sekarang ni.

Selalunya kami dapat jual di pasar borong. Sekarang call, tauke pun tak angkat dah. Kami pun ada buka gerai menjual buah. Tapi sekarang ni semua gerai kami tak dapat beroperasi”. Semua diarah tutup. Kami akur atas arahan PKP ni.

Kami dah tak tahu nak pasarkan ke mana hasil tani yang kami tuai setiap hari”.

Buah memang kena petik setiap hari. Kalau tak petik, pokok akan terjejas. Pengeluaran akan menurun. Bayangkan ladang kami 3 ekar hingga 10 ekar rosak nanti. Lagi rugi berganda.

Besar harapan kami jika rakyat Malaysia boleh support sedikit. Boleh ambil peranan sorang sikit. Alhamdulillah syukur sangat-sangat dah.

Inilah luahan para petani yang membanting tulang menyediakan makanan kepada rakyat Malaysia musim #COVID-19 ni.

Mereka hilang arah untuk pasarkan hasil tani yang diusahakan sebelum ini. Kami juga anak keluarga. Para pekerja yang menitikkan keringat juga ada keluarga yang perlu diberi makan.

Jom kita mainkan peranan sebagai rakyat Malaysia. Kami di PasaGo hanya bertindak membantu memasarkan hasil mereka terus kepada anda. Dari ladang terus ke kediaman anda.

Stok dah ada kat gudang kami. Korang cuma perlu order terus dari kami dan kami hantarkan menggunakan rider terus ke rumah anda.

Klik link WhatsApp ini untuk membantu para petani kita yang sangat memerlukan support dari kita semua dengan keadaan sekarang.

Belian minimum dua biji sahaja tembikai (anggaran 8kg – 10kg) dengan harga promo RM1.90 sahaja.

WhatsApp.my/601150050042/PasaGo
Wasap.my/601150050042/PasaGo
Wasap.my/601150050042/PasaGo

Lokasi penghantaran di sekitar Bangi, Kajang, Putrajaya, Sepang, Puchong, Serdang, Seri Kembangan, Shah Alam, Subang, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.

Kami juga mempunyai udang laut serta ayam siap cuci dan dipek untuk korang order. Info kami akan berikan di WhatsApp.

Terima kasih rakyat Malaysia yang prihatin. Allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian.” -SM

(Visited 358 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button