fbpx
Politik

Najib selar Khalid malas baca

CUBAAN Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad menyindir Perikatan Nasional (PN) berhubung isu lantikan politik dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mengundang reaksi negatif.

Sambil merujuk kepada artikel terbitan portal Malaysiakini, Khalid dilihat sekadar membaca tajuk berita sahaja.

Kemudian menyimpulkan PN sama dengan Barisan Nasional (BN) selepas dikatakan tidak membaca kandungan sebenar berita tersebut.

[BACA] Semua lantikan politik PH dalam GLC dinilai semula — Suara Merdeka

Sindiran tersebut akhirnya ditempelak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyifatkan beliau sebagai malas membaca.

Menurut Najib, Khalid melihat beliau memuji Pakatan Harapan (PH) berikutan parti itu sebelum ini berjanji menghentikan lantikan politik, meskipun tidak ditunaikan sepenuhnya.


“Ini kes orang baca tajuk berita sahaja tanpa membaca kandungan. Lid fikir saya puji PH kerana PH pernah janji untuk hentikan lantikan politik.

“Sebab itu, Lid pun kongsi artikel MalaysiaKini itu dan ucap terima kasih pada saya,” katanya dalam Facebook malam tadi.

[BACA] Semua lantikan politik PH dalam GLC dinilai semula — Suara Merdeka
[BACA] Kenapa lantikan politik di PPN, PPK tidak gugur? — Suara Merdeka

Tambah Ahli Parlimen Pekan itu, dalam artikel yang diterbitkan Malaysiakini, beliau mempersoalkan janji yang dibuat oleh PH tetapi PN pula harus tunaikan.

“Jika dia (Khalid) baca artikel itu betul-betul, dia akan tahu bahawa saya tempelak PH.

“PH yang janji tiada lantikan politik. PH mungkir janji dan membuat lantikan politik beramai-ramai. Lalu disuruh PN tunaikan janji yang dia mungkir.

“Khalid, jangan malas. PM ke-7 tak suka. Baca betul-betul sebelum komen dan kongsi. Membaca jambatan ilmu kata billboard gergasi Maszlee suatu masa dahulu,” Najib menempelak.

Dalam perkembangan baharu, Najib terus menyindir Khalid selepas portal Malaysiakini menerbitkan berita sindirannya.

“Muka dia macam marah dalam gambar ini. Saya selamber je,” selorohnya.

Terdahulu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Marzuki Shaary memaklumkan semua lantikan politik di agensi kerajaan dan GLC perlu dinilai semula.

Menurutnya, langkah itu perlu supaya pendekatan dapat diselaraskan dengan aspirasi kerajaan PN pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, isu berkenaan turut menarik perhatian bekas menteri kabinet, Tan Sri Rafidah Aziz yang mempersoal perlantikan Ahli Parlimen mengetuai banyak GLC.

[BACA] Negara bergerak ke belakang jika ahli Parlimen ketuai GLC – Suara Merdeka
[BACA] Dr. Mahathir, Guan Eng tak bising, mengapa Rafidah kecoh? — Suara Merdeka

Katanya, tindakan sedemikian boleh menyebabkan negara mundur ke belakang. – SM

Show More

Mohamad Athir Ismail

Penulis merupakan antara wartawan Utusan Malaysia dan Utusan Online yang terakhir berkhidmat sebelum Utusan Melayu (M) Berhad ditutup.

Related Articles

Back to top button