fbpx
Berita

Pengajaran kepada kaki kayuh basikal

RAMAI kaki kayuh basikal ‘kelenguhan’ kaki kerana tidak dapat berkayuh pada jarak jauh kerana bimbangkan melanggar peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) daripada merentas daerah.

Namun ada juga terlajak kerana tidak dapat menahan keterujaan bahkan merentas negeri dan memasang foto di media sosial.

Itulah yang berlaku kepada Bella Dally bersama rakannya yang akhirnya ditangkap polis kerana berkayuh di Genting Sempah.

Menurut laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata tangkapan dibuat susulan laporan oleh pihak polis selepas ternampak satu posting di Instagram.


Siasatan mendapati kedua-dua wanita itu menaiki kenderaan dengan membawa basikal masing-masing dari Dutamas ke Restoran Marina Seafood berhampiran Hospital Orang Asli Gombak, kira-kira jam 7.45 pagi, Ahad lalu.

Mereka mula berbasikal pada jam 8.30 pagi melalui jalan Gombak lama menghala ke Genting Sempah sebelum mengayuh sejauh 10 kilometer dan berpatah balik ke kenderaan untuk kembali ke Kuala Lumpur.

Laluan berkenaan antara yang popular dalam kalangan peminat aktiviti berbasikal.

Umum sedia maklum mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor sejak 14 hingga 27 Oktober ini.

Jadi sebarang pergerakkan untuk merentas negeri hanya boleh dilakukan atas kebenaran pihak berkuasa.

Walaupun telah memadamnya foto-foto itu dari media sosial, tetapi ‘nasi sudah menjadi bubur’.

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button