fbpx
BeritaNasional

Penduduk Putrajaya kecewa jualan barangan keperluan dibatalkan pihak berkuasa

Penduduk Putrajaya kecewa apabila pihak berkuasa menarik balik lesen kebenaran bagi menjual barangan keperluan harian kepada orang ramai yang dijadual dua hari akhir bulan ini.

Difahamkan penganjur telah mendapat kelulusan sebelum ini dan telah membeli barangan keperluan seperti beras, ayam, telur dan sebagainya untuk dijual pada program tersebut yang bertujuan meringankan beban rakyat.

Sehubungan itu penganjur terpaksa mengeluarkan kenyataan permohonan maaf kepada penduduk Putrajaya dan menanggung kerugian kerana bahan-bahan mentah telah dibeli, manakala sewa tapak telah dibayar.

Lewat petang ini penganjur telah di maklumkan pihak berkuasa menarik balik kelulusan program yang sepatutnya berlangsung pada 26 dan 27 November ini dan diteruskan pada setiap bulan.


Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, keputusan yang dibuat oleh pihak berkuasa itu sebagai zalim kerana ia hanya bertujuan untuk membantu orang ramai.

“Jangan fikir yang menghuni Putrajaya ini adalah orang kaya semuanya,” katanya

Show More

Related Articles

Back to top button