Politik

PdPR: Ingat belajar online, ingat cerita Komputer 1Malaysia – Shahrir

KELUHAN mengenai gajet dan kelengkapan dalam melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PDPR), mengingatkan kembali dasar pemberian Komputer 1Malaysia.

Dasar tersebut diperkenalkan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu ketika ditadbir oleh Perdana Menteri Ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pelaksanaannya dilapor memberi manfaat kepada berjuta murid seluruh negara melalui perbelanjaan dana daripada tabung Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KMM).

Malah, antara penyumbang kepada pemberian komputer riba itu juga adalah syarikat telekomunikasi (telco).

Walau bagaimanapun, ketika pelaksanaannya dahulu sejak 2012, dasar tersebut dikritik ramai pihak termasuklah menuduh kerajaan mengutamakan kroni dan melakukan ‘songlap’.


“Pasal belajar online je, keluar balik cerita Komputer 1Malaysia.
Cerita lama keluar kerana cerita baru tak best.

“Apabila hari ini buruk keadaannya, terkenanglah kita pada masa yang lebih baik.

“Ini baru komputer 1 Malaysia. Tak boleh Kerajaan PH (Pakatan Harapan) merampas balik komputer itu daripada pelajar-pelajar.”

SHAHRIR SAMAD

Demikian sindiran veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abdul Samad dalam kenyataannya hari ini.

Malah beliau juga mempersoal di mana kesinambungan projek Pusat Internet 1 Malaysia yang sepatutnya berguna ketika negara sedang berhadapan pandemik Koronavirus (Covid-19).

“Pusat Internet 1Malaysia, bagaimana pula? Diturunkan papantanda 1Malaysia. Tak pula dibangunkan Pusat Internet Malaysia baharu.

“Kerajaan PN (Perikatan Nasional), apa pula yang baru? Berkongsi kemewahan kot mana?” soalnya.

Dalam pada itu, Najib Razak dalam satu hantaran Facebooknya dilihat membandingkan pelaksanaan dasar Kerajaan PN untuk memberi bantuan komputer riba kepada 150,000 pelajar.

Katanya, dana yang dibelanjakan untuk melaksanakan dasar Komputer 1Malaysia itu bukanlah daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau Permodalan Nasional Berhad (PNB).

NAJIB RAZAK

Malah, beliau menafikan kerajaannya mengutamakan kroni dan ‘songlap’ dalam projek sumbangan Komputer 1Malaysia itu.

“Pembelian dan pengagihan notebook dengan harga siling RM1,000 masa itu adalah melalui proses open tender.

“Malah proses tender ianya lebih ketat sebab ianya melalui proses sebut harga dan bukan sekadar Request for Proposal. Sebaliknya, Request for Quotation (RFQ).

“Akhirnya lebih 48 syarikat seluruh negara dipilih dalam RFQ tersebut mengikut zon. Bukan sekadar satu atau dua syarikat kroni.

“Program pemberian notebook 1Malaysia kita ini adalah skim yang berjaya dan telah memanfaatkan berjuta-juta murid-murid dan guru sekolah.

“Jadi, kenapa pula nak fitnah Kerajaan BN dan saya dengan macam-macam tuduhan berasaskan air liur pula?” katanya. – SM

(Visited 61 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button