SEPASANG suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tuduhan mengeksploitasi seorang pembantu rumah warga Indonesia.
Lum Kah Wai dan isterinya, Loke Chee Hui didakwa mengikut Seksyen 12 Akta Anti-pemerdagangan Orang dan Anti-penyeludupan Migran 2007 kerana mengeksploitasi mangsa menggunakan kekerasan.
Jika didapati bersalah, mereka berdepan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda.
Hakim Azura Alwi membenarkan ikat jamin RM10,000 bagi setiap seorang dengan seorang penjamin dan menetapkan 6 Jun untuk sebutan seterusnya.
Kedua-dua tertuduh diarah menyerahkan pasport kepada mahkamah sementara menunggu kes mereka selesai. – SUMBER FMT – SM
BACA Pembantu rumah warga Indonesia dipenjara lima tahun
BACA Pembantu rumah warga Indonesia dipenjara dua tahun sebabkan kematian bayinya