Nasional

Melaka akan guna ‘farming mapping’ bagi atasi masalah lambakan sayur-sayuran

Bagi mengatasi masalah lambakan sayur-sayuran, Melaka dijangka akan mulakan kaedah ‘farming mapping’ yang membolehkan petani bertani mengikut jadual tertentu.

Ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Dr. Akmal Saleh, kaedah itu bukan sahaja selesaikan masalah lambakan malah petani mampu mengawal harga.

“Para petani akan bertani mengikut jadual yang ditetapkan supaya isu lambakan hasil pertanian ini dapat kita kurangkan.

“Jika berjaya, Insyallah kita boleh kurangkan risiko lambakan hasil pertanian dan pada masa sama boleh mengawal harga supaya tidak jatuh sebegitu teruk sekali,” katanya.

Akmal berkata demikian selepas turun ke parlimen Alor Gajah dan bertemu dengan petani yang ‘runsing’ kerana terungnya tidak dapat sehingga habis.

“Semalam dapat aduan mengenai lambakan sayur terung yang tidak dapat dijual di pasaran di parlimen Alor Gajah. Hari ini kita turun terus ke ladang dengar sendiri apa keluhan dari para petani kita.

“Insyallah saya dah minta pihak FAMA untuk beli semua hasil mereka dengan harga yang tinggi sedikit dari pemborong dan kita akan jual di pasar tani dengan harga yang murah dari harga pasaran,” katanya.

Jadi rakyat boleh beli terung dengan harga yang rendah dan petani boleh jual dengan harga yang tinggi sedikit mereka dapat dari pemborong.

“Jika ini berjaya, Insyallah kita boleh mengurangkan risiko lambakan hasil pertanian pada masa yang sama boleh mengawal harga supaya tidak jatuh sebegitu teruk sekali.

“Paling menarik, rakyat juga boleh tahu lokasi kebun sayur yang akan keluarkan hasil dan boleh beli secara terus di kebun juga,” katanya. – SM

(Visited 88 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button