Politik

Pas P.Pinang gesa SPRM siasat Guan Eng, Tommy

PAS Pulau Pinang menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Lim Guan Eng dan Tommy Thomas.

Gesaan itu dibuat ekoran bekas Menteri Kewangan dan Peguam Negara itu dipercayai mengeluarkan arahan membatalkan pembekuan akaun bank milik seorang taikun hartanah.

BACA > Operasi hospital medan Malaysia di Cox’s Bazar ditamatkan — Suara Merdeka

Hal demikian dinyatakan Timbalan Ketua Pemuda Pas Negeri, Abdul Razib Abdul Rahim yang membuat laporan di ibu pejabat suruhanjaya itu di Pulau Pinang hari ini.

Menurut Abdul Razib, Guan Eng dan Tommy dipercayai menggunakan kedudukan mereka bagi membuat demikian.

“Saya percaya Guan Eng mempunyai kepentingan sama ada secara langsung atau tidak langsung, telah menggunakan jawatan, kedudukan dan pengaruh beliau.

“Menyebabkan Tommy Thomas mengeluarkan arahan kepada SPRM untuk melepaskan semua akaun milik Lim Soon Peng.

BACA > Lesen percuma untuk penjaja selama setahun di Labuan — Suara Merdeka
BACA > Hati-hati: Tiga produk kosmetik ada merkuri – Dr. Noor Hisham — Suara Merdeka

“Saya juga percaya Thomas, mempunyai kepentingan sama ada secara langsung atau tidak langsung, telah menggunakan jawatan, kedudukan dan pengaruh beliau.

“Menyebabkan SPRM melepaskan akaun milik Soon Peng tersebut walaupun telah diberitahu oleh pegawai SPRM bahawa wang RM4 juta masih gagal dipulangkan kepada kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar seperti dipetik portal Free Malaysia Today (FMT).

Lapor portal itu lagi, Abdul Razib mendakwa melihat surat Tommy kepada Guan Eng menerusi laman web SUARA.TV dan Facebook Peniup Wisel Siber pada 2 JUn.

Katanya, Guan Eng dipercayai meminta Jabatan Peguam Negara membatalkan arahan pembekuan akaun yang dibekukan.

BACA > 35,800 permohonan GKP diluluskan, bayaran dibuat akhir Jun — Suara Merdeka
BACA > Saki baki Geng Vasu Kepong ditahan — Suara Merdeka

Beberapa akaun milik taikun berkenaan dibekukan kerana siasatan berhubung transaksi RM4 juta berkaitan dana 1Malaysia Development berhad (1MDB). – SM

(Visited 90 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button