Politik

Pakar luar jangka Malaysia catat 20,000 kes baharu menjelang Mac

BERDASARKAN kepada situasi dan perkembangan semasa jangkitan wabak Koronavirus (Covid-19), adalah tidak mustahil kes baharu di negara ini mencecah 20,000 sehari.

Peningkatan itu disumbang beberapa faktor seperti tiada langkah pengekangan yang khusus, malah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali kedua ini juga tidak berkesan.

Purata jangkitan baharu wabak pandemik itu sehari sejak PKP2.0 dilaksanakan adalah 2,376 kes.

Jika trend ini berterusan, tidak mustahil peningkatan mendadak akan terus dicatatkan dan Malaysia menjadi satu-satunya negara di Asia yang kritikal mencatatkan kes harian tertinggi selama empat bulan berturut-turut.

“Institut Penilaian dan Metrik Kesihatan (IHME) yang berasas di Amerika Syarikat menjangkakan peningkatan berterusan kes Covid-19 di Malaysia, mencecah lebih daripada 20,000 kes baharu pada 3 Mac.

“Kita tidak boleh berlengah-lengah daripada melancarkan strategi dan pendekatan yang melibatkan ‘keseluruhan kerajaan’ dan ‘keseluruhan masyarakat’.

“Peningkatan kes baharu memecahkan siling 200,000 kes terkumpul Covid-19 sekali gus menjadikan Malaysia berada pada tangga ke-55 iaitu lonjakan 30 anak tangga berbanding November 2020.”

Demikian kata veteran DAP, Lim Kit Siang, menerusi kenyataan dalam blognya hari ini.

Menurutnya lagi, berdasarkan kritikan dan pendedahan daripada pelbagai pihak termasuk isu persepsi rasuah dan kejatuhan pelaburan asing menyebabkan intipati ucapan Tahun Baharu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hanya cakap-cakap kosong.

“Keutamaan pertama beliau, ‘meningkatkan tahap kesihatan awam melalui pemerolehan vaksin Covid-19 dengan pelancaran program vaksinasi kebangsaan’ dimusnahkan oleh dua peristiwa.

“Pertama peningkatan jumlah kes baharu sebanyak 5,725 memecahkan siling 200,000 kes terkumpul Covid-19 dan kedua kelewatan program vaksinasi sedangkan ia sudah diedarkan kepada 60 negara di seluruh dunia.

“Keutamaan kedua, ‘mengukuhkan ekonomi rakyat dan menjana pertumbuhan ekonomi pasca Covid-19 melalui pelaksanaan Belanjawan 2021 dan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

LIM KIT SIANG

“Perkara itu dikalahkan melalui penggantungan Parlimen dan mustahil RMK12 dapat diluluskan Parlimen.

“Keutamaan ketiga, ‘memastikan terdapatnya kestabilan politik dengan penekanan terhadap pentadbiran yang baik sebagai asas pemulihan ekonomi yang mampan’.

“Tetapi penerbitan Indeks Persespi Rasuah (CPI) oleh Tranparency International (TI) 2020 menunjukkan Malaysia kembali ke lembah rasuah.

“Keutamaan keempat, ‘mempertahankan kedaulatan negara dan mengukuhkan kedudukan Malaysia di pentas dunia.’

“Namun, umum tahu laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD), mendakwa Malauysia kehilangan pelaburan asing sebanyak 68 peratus berbanding negara ASEAN lain.

“Keutamaan kelima, ‘mengukuhkan hubungan antara kaum dan agama dalam membentuk komuniti yang bersatu melawan apa-apa ancaman’.

“Perkara ini telah dicacatkan oleh insiden ditunjukkan oleh pembatalan cuti peristiwa Thaipusam oleh Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Mohd Nor,” jelasnya.

Tambahnya, cabaran terbesar Muhyiddin sekarang adalah untuk menjadikan kelima-lima keutamaan ini bermakna dan berinspirasi kepada semua rakyat Malaysia. – SM

(Visited 416 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button