Nasional

Membimbangkan: 5,728 kes baharu; 47,388 kes aktif Covid

ANGKA jangkitan baharu Covid-19 menunjukkan pertambahan yang membimbangkan apabila 5,728 kes baharu direkodkan hari ini. Jumlah tersebut tidak banyak beza dengan kes yang direkodkan semalam sebanyak 5,725 kes.

Bilangan kes kematian juga dilaporkan masih tinggi iaitu 13 orang dengan 12 kes melibatkan rakyat Malaysia dan seorang bukan warga negara.

Jumlah kematian yang dilaporkan hari ini bagaimanapun menurun jika dibandingkan dengan 16 kes kematian semalam. Sehingga hari ini 746 kematian dicatatkan akibat jangkitan Covid-19.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, kes yang ditempatkan ke dalam unit rawatan rapi turut bertambah iaitu 319 kes hari ini berbanding 301 kes semalam.

Manakala bilangan yang memerlukan alat bantuan pernafasan turut meningkat daripada 115 kes semalam kepada 120 kes hari ini.

Ketika ini keseluruan kes aktif yang memerlukan rawatan bertambah kepada 47,388 kes jika dibandingkan 45,478 kes semalam.

Selangor masih menjadi negeri paling teruk dijangkiti Covid-19 iaitu 3,285 kes baharu hari ini  (semalam 3,126), diikuti  Johor 792 kes (semalam 684).

Negeri yang mencatatkan pertambahan kes:

Selangor 3,285 (semalam 3,126)
Johor 792 (semalam 684)
Kuala Lumpur 480 (semalam 687)
Sabah 263 (semalam 288)
Sarawak 191 (semalam 179)
Negeri Sembilan 158 (semalam 69)
Perak 112 (semalam 73)
Pulau Pinang 101 (semalam 99)
Labuan 29 (semalam 5)

 

Negeri yang mencatatkan pengurangan kes:

Perlis 0 (semalam 3)
Putrajaya 12 (semalam 16)
Kelantan 28 (semalam 93)
Melaka 42 (semalam 74)
Pahang 51 (semalam 67)
Terengganu 85 (semalam 137)
Kedah 99 (semalam 125)-SM

(Visited 90 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button