Nasional

Nombor plat siri M_M sempena hari kemerdekaan rekod hasil lebih RM20 juta

Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengumumkan bahawa Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) Siri M___M bermaksud Malaysia Merdeka yang telah dibuka pada 31 Ogos
sehingga 4 September 2023 sempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 telah berjaya merekodkan kutipan hasil keseluruhan sebanyak RM20,091,970.

Berdasarkan kepada rekod bidaan, M1M merupakan NPI yang telah dibida dengan harga paling tinggi, iaitu RM622,000. Manakala M5M berada ditempat kedua tertinggi dengan harga RM500,000.00.

Selanjutnya, M8M dengan nilai RM450,000.00, M9M dengan nilai RM402,004.00 dan M6M dengan nilai RM350,000.00.

Siri M__M ini juga telah menunjukkan sambutan yang luar biasa daripada pembida-pembida. Jumlah penyertaan keseluruhan pembida siri ini adalah seramai 25,033 orang dan sebanyak 6,872 pembida telah berjaya memenangi nombor pendaftaran masing-masing.

Lima nombor yang paling banyak dibida ialah M101M seramai 39 orang pembida, M155M seramai 33 pembida, M51M seramai 32 pembida, diikuti dengan M313M seramai 31 pembida dan seterusnya M39M sebanyak 28 orang pembida.

Hasil pembidaan siri M___M ini yang membawa maksud “Malaysia Merdeka” telah mendapat sambutan daripada pelbagai pihak bagi menunjukkan semangat dan menyemarakkan Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2023.

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada para pembida yang telah menerima keputusan rasmi pada 5 September 2023. Terima kasih juga kepada semua pengguna yang telah menyertai bidaan ini bagi mendapatkan nombor pendaftaran kenderaan pilihan masing-masing melalui Sistem JPJeBid.

Bidaan nombor pendaftaran melalui Sistem JPJeBid secara dalam talian ini adalah suatu usaha jelas JPJ dalam menyediakan perkhidmatan secara digital kepada seluruh rakyat selaras dengan Pelan Strategik Pendigitalan
Sektor Awam 2021-2025.

JPJ akan terus berusaha untuk memperluaskan dan memantapkan perkhidmatan digital untuk menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. – SM

(Visited 79 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button