Politik

Najib sindir Khalid, teragak hendak bersama UMNO di Perak

PENGARAH Komunikasi Parti Amanah Negara (PAN), Khalid Abdul Samad, dilihat mengeluarkan kenyataan seakan-akan memberi maskud mahu sertai UMNO di Perak.

Ini kerana Ahli Parlimen Shah Alam itu seperti memberi cadangan ataupun isyarat kepada UMNO untuk mengelakkan parti daripada terus dikhianati.

Malah, beliau menyarankan kepada UMNO, hanya Pakatan Harapan (PH) boleh dipercayai kerana penuh dengan integriti.

Namun, saranan Khalid itu disambut dengan sindiran.

Berdasarkan kedudukan parti politik dalam Dewan Undangan Negeri Perak, UMNO-Barisan Nasional (BN) mempunyai 25 kerusi.


Sementara Bersatu pula mempunyai lima kerusi, Pas (3), PAN (5), DAP (16) PKR (3), Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan (1) dan bebas (1).

“Jelas nampak Lid (Khalid) tersangat ingin geng dengan kita. Kenapa, Lid? Rindu dengan saya ke?”

Kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, menyindir ciapan Khalid dalam Twitternya mengenai pembentukan Kerajaan Negeri Perak.

Walau bagaimanapun, PH boleh dikatakan terlambat apabila Suara Merdeka melaporkan UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas sudahpun bersetuju kepada cadangan Menteri Besar Perak baharu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Kota Tampan, Datuk Shaarani Mohamad sebagai Menteri Besar Perak yang baharu.

Persetujuan itu dicapai dalam perbincangan bersama antara Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin dan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini.

Polemik pemilihan itu akhirnya selesai selepas UMNO, Pas dan Bersatu dilihat berkelahi mengenai sokongan bagi membentuk Kerajaan Negeri Perak.

Terdahulu, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu digugurkan daripada jawatan Menteri Besar usul undi tidak percaya dibentangkan dalam sidang DUN baru-baru ini.

Hal demikian menyebabkan, beliau dan seluruh barisan exco terbubar.

Susulan itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bagi mencadangkan Menteri Besar baharu.

Terdahulu, pimpinan UMNO-BN menegaskan kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu dikekalkan di Perak supaya tidak menggugat kestabilan politik negeri itu.

Kemelut pemilihan Menteri Besar baharu Perak timbul susulan tiada parti yang mempunyai majoriti mudah bagi membentuk kerajaan yang memerlukan sokongan 30 kerusi DUN. – SM

(Visited 1,240 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button