Luar Negara

Enam korban awal vaksin Covid-19 Pfizer

SEBELUM vaksin Koronavirus (Covid-19) yang dibangunkan oleh Pfizer digunakan secara meluas, ia terlebih dahulu diuji kepada beberapa orang.

Namun, dukacita berita diterima enam daripadanya dilaporkan maut selepas menerima vaksin dalam peringkat ujian.

Hal berkenaan didedahkan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) sebelum United Kingdom (UK) meluluskan penggunaan vaksin jenis mesengger Ribonucleic Acid (mRNA) itu.

Walau bagaimanapun, vaksin berkenaan dilaporkan mempunyai tahap keberkesanan pada kadar 95 peratus dalam tempoh paling cepat, tujuh hari selepas menerima suntikan kedua.

Justeru kes kematian yang berlaku dalam tempoh percubaan itu dilapor tidak membangkitkan isu keselamatan atau keberkesanan vaksin tersebut.


Ini kerana, kesan vaksin hasil pembangunan Pfizer dengan rakannya dari Jerman, BioNTech itu berlaku ke atas populasi umum pada kadar yang sama.

Namun, menerusi satu laporan setebal 53 surat yang dikeluarkan baru-baru ini, dua individu yang menerima vaksin itu meninggal dunia ketika tempoh percubaan.

Sementara empat lagi pula meninggal dunia ketika berada dalam kumpulan plasebo.

Bagaimanapun, data daripada laporan itu juga menunjukkan keberkesanan vaksin mRNA pada tahap 52 peratus pada suntikan pertama.

Laporan itu turut merumuskan keberkesanan data jangkaan FDA bagi kenenaran kegunaan kecemasan.

Terdahulu, kerajaan Malaysia mengumumkan akan mendapatkan bekalan vaksin daripada syarikat pembekal itu bagi kegunaan enam juta orang.

Kerajaan dijangka membelanjakan RM2 bilion menerusi Belanjawan 2021 bagi mendapatkan 12 juta dos pertama yang dijadualkan diperoleh mulai tahun hadapan.

Namun terdapat beberapa kekangan dibangkitkan termasuklah kaedah simpanan vaksin tersebut yang memerlukan penyimpanan pada suhu -70 darjah Celcius kebawah.

Ini bermakna, vaksin tersebut memerlukan peti simpanan khas yang memerlukan satu lagi perbelanjaan lain supaya dapat disampaikan kepada rakyat.

Sementara itu hal-hal berkaitan dengan risiko berlaku ketirisan dalam pengedaran vaksin turut dbangkitkan beberapa pihak supaya rakyat tidak menerima kesan akibat kelemahan dalam pengurusannya. – SM

(Visited 893 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button