Hiburan

Perlukah Michael Ang cari pasal dengan Noraniza Idris

INDUSTRI hiburan di Malaysia ini tidaklah sebesar mana pun. Pusing pusing akan berbalik ke situ juga. Mereka yang berada di luar industri hiburan, memang ghairah untuk berada di dalam industri hiburan. Kenapa?

Jawapan yang amat cliché ialah glamour. Popular. Jadi artis, jadi selebriti dikenali ramai. Sedangkan itu bukanlah jawapan yang dicari apabila berada di dalam industri ini sendiri.

Ini adalah sebuah industri yang dijadikan punca pendapatan, mata pencarian untuk kalangan mereka yang benar-benar serius untuk menjadi artis. Bukan mengejar glamour atau publisiti murahan.

Ternyata benar, dunia hari ini berbeza kerana zaman berubah tetapi adab, sopan, santun, budi bahasa yang menjadi amalan dan pegangan kita sebagai orang Melayu, anak Malaysia tidak perlu berubah kepada biadap dan kurang ajar.

Modern, memang modern. Ikut trend tetapi yang penting, guna akal bukan otak apabila berbicara tentang bidang yang mungkin kita sendiri, tidak mengetahui sepak terajangnya kecuali kedua-dua kaki kita berada di dalam industri ini.

Penyanyi irama etnik yang menyertai Gegar Vaganza (GV) musim ketujuh, Noraniza Idris telah berjaya melangkah ke peringkat akhir pada Ahad ini, berhadapan dengan serangan daripada Michael Ang di platform media sosial.

Noraniza atau lebih mesra disapa dengan panggilan Kak Ani dalam kalangan artis-artis muda dikritik hebat oleh Michael Ang yang sebenarnya bukan pun seorang penyanyi atau individu yang berkait secara langsung dalam bidang seni suara tanah air.

Disebabkan nama Michael Ang dikenali kerana dia pengarah drama televisyen, jadi dia meletakkan dirinya sebagai individu yang boleh memberi kritikan terhadap segala bidang berkaitan seni tanpa had mahupun batasan.

Melontarkan pandangan seperti mana yang dilakukan oleh Michael Ang di medsos adalah hak peribadi dia manakala menjawab lontaran bola tanggung ke atas Kak Ani, juga adalah hak Kak Ani untuk membalasnya.

Menggunakan Twetter, Michael Ang dikatakan telah membuat ciapan yg menarik perhatian netizen khususnya kalangan haters atau kelompok yang benci kepada Kak Ani.

Kelompok ini tentunya menokok tambah bagi menghangatkan suasana di alam maya tetapi apakah mereka yang mengutuk dan mengkritik berlebih-lebihan ini terfikir, apa yang dicatatkan oleh mereka mengecilkan hati insan lain dan dalam hal ini, Kak Ani.

Tindakan Michael Ang yang kondem atau merendahkan kualiti vokal Kak Ani telah mengundang rasa tidak puas hati kepada keluarga besar penyanyi senior tanah air ini.

Sebagai manusia biasa, kita juga perlu memahami jika Kak Ani kita terasa hati, sedih, muram, terasa dan seperti yang ditulisnya dalam Facebook Akar Kita Zapin, beliau hampir putus asa!

Ciapan mingguan yang dilakukan oleh Michael Ang juga didakwa oleh Kak Ani telah mengundang rasa sedih kepada keluarganya dan keluarga mentua di Singapura.

Bukankah keterlaluan jika mendorong penyanyi senior tanah air ini menggali lubang kubur sendiri.

Kak Ani juga semestinya tidak mahu memanjang lebarkan isu ini. Justeru beliau bersikap merendah diri dengan mengatakan bahawa karya beliau tidaklah sehebat mana. Ya. Benar, tidak sehebat mana tetapi hebat sangatkan hasil karya Michael Ang sehingga boleh memperlekehkan karya dan bakat seni individu lain?

Jadilah generasi yang beradab sopan dan tahu garis batasan dalam menggunakan platform media sosial. Tidak perlu menghina atau memutar belitkan sesuatu kenyataan yang telah dicoretkan disebabkan ingin menegakkan benang yang basah.

Mengapa ya tidak ikut rasmi padi. Fahamilah penggunaan istilah dalam Bahasa Melayu untuk menggambarkan sesuatu. Jangan auta karee… jangan jadi ular! Selamat maju jaya buat Noraniza Idris di pentas akhir Gegar Vaganza Ahad ini! – SM

(Visited 1,092 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button