Politik

Najib, Guang Eng ketepikan perbezaan fahaman, tumpu kepada krisis

DUA pemimpin politik berpengaruh di negara sepakat supaya semua pihak mengenepikan fahaman yang berbeza dalam menghadapi krisis penularan COVID-19 pada masa ini.
Lim Guan Eng dalam hantaran ke twitter berkata,  apabila negara dalam krisis, kita harungi bersama-sama sebagai Rakyat Malaysia.
“Apabila Rakyat dalam susah, tiada istilah aku dan engkau. Hanya kita, dan kita perlu saling bantu membantu,” katanya.
Sementara itu Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dalam apa jua keadaan pun. Dikala ada krisis dan ancaman terhadap kita, rakyat Malaysia perlu bersama.
“Tiada istilah negeri pro-kerajaan atau negeri pembangkang apabila nyawa Rakyat Malaysia terancam. Kita rancang untuk berdepan dengan ancaman bersama-sama. Kita 1Malaysia,” kata Najib.
(Visited 100 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button