NasionalRencana

‘Monolog aku sebuah KWSPP’

Aku sebuah KWSPP. Aku diperbuat oleh manusia. Badanku tiada warna. Aku digunakan untuk menyimpan duit. Aku rasa aku tak pernah buat salah. Tetapi, aku dicemuh setiap hari. Aku dimaki setiap hari. Mengapa?

Aku masih tak mengerti. Aku masih keliru. Aku buntu.

Aku cuba sebaik mungkin untuk menolong orang-orang diluar sana. Orang-orang bukanlah bermaksud orang-rang yang digunakan untuk menghalau binatang kat sawah padi tu. Ini betul-betul orang.

Sudah berapa lama aku berkhidmat untuk semua orang-orang diluar sana. Sudah berapa lama dividen yang telah aku berikan kepada mereka.

Sudah berapa banyak pertolongan yang aku berikan kepada mereka.

Sesiapa yang ingin membeli rumah, aku tolong.

Sesiapa yang ingin melabur, aku bagi.

Sesiapa yang ingin mengeluarkan duit untuk tujuan kesihatan perubatan atau pendidikan, aku pun tolong.

Sesiapa yang ingin mengurangkan baki pinjaman pun, aku tanpa penat lelah akan tolong.

Aku sentiasa ingin menolong sesiapa sahaja, dalam bentuk apa sahaja agar orang-orang diluar sana merasa gembira dan seronok!.

Malah, kalau aku diberikan peluang untuk menolong agar dikurniakan anak pun, aku sanggup!. Asalkan orang-orang itu merasa sangat bahagia!

Tetapi sehari dua ini, aku yang tak merasa gembira. Aku tak merasa seronok dan bahagia.

Betullah. Bila kita sentiasa menggembirakan hati semua orang, tak semestinya orang-orang itu dapat membahagiakan kita.

Adakah hanya kerana i-Pinar aku dibenci?

Nota: Monolog ini dipetik daripada komen pemilik akaun Der Btader pada status Facebook perkongsian berita Suara Merdeka bertajuk ‘Ubah syarat i-Sinar KWSP, kerajaan perlu tunjukkan keprihatinan’

Penafian: Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mencerminkan pendirian Suara Merdeka.

(Visited 707 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button