Nasional

Covid: 11 kematian, 116 di ICU, 46 perlu bantuan alat pernafasan

VIRUS maut Covid-19 terus meragut nyawa selepas 11 lagi kematian dicatatkan semalam dan hari ini menjadikan keseluruhan kematian akibat pandemik itu seramai 376 orang di Malaysia.

Tiga kematian berlaku di Selangor, masing-masing mencatatkan dua kematian Sabah dan Johor . Sementara   Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Kelantan masing-masing melaporkan satu kematian.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, mangsa yang meninggal dunia berusia dalam lingkungan 50 tahun hingga 81.

Sementara itu 1,075 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam dengan Selangor mencatatkan bilangan tertinggi seramai 459 kes dan diikuti Sabah dengan 310 kes.

Bilangan yang sembuh pula seramai 948 kes menjadikan keseluruhan kes aktif Covid-19 di Malaysia sebanyak 10,686 kes.

“Sehingga kini, terdapat 116 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 46 kes memerlukan bantuan pernafasan,” kata Dr. Noor Hisham dalam satu kenyataan.

Kementerian Kesihatan Malaysia turut melaporkan terdapat empat kluster baharu yang dikesan iaitu tiga di Sabah dan satu di Selangor melibatkan Kluster Monsoon, Kluster Jalan Kilang, Kluster Perdana Enam dan Kluster Jalan Kubota.

Kluster Monsoon melibatkan daerah Petaling di negeri Selangor. Kes indeks (iaitu kes ke-63687) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 29 November hasil saringan individu bergejala.

Sehingga hari ini seramai 106 individu telah disaring, di mana 19 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Kluster Jalan Kilang melibatkan daerah Lahad Datu di negeri Sabah. Kes-kes awal dalam kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula 15 November hasil saringan tempat kerja di sebuah kilang.

Sejumlah 104 individu telah disaring, di mana 24 kes telah dikesan positif COVID-19 sehingga hari ini.

Kluster Perdana Enam melibatkan daerah Lahad Datu di negeri Sabah. Kes indeks (iaitu kes ke-53954) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 22 November hasil saringan individu bergejala.

Sejumlah 213 individu telah disaring sehigga hari ini di mana 25 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Kluster Jalan Kubota melibatkan daerah Tawau di negeri Sabah. Kes indeks (iaitu kes ke-59101) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 25 November hasil saringan individu bergejala.

Sehingga hari ini sejumlah 72 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

“Sehingga 3 Disember 2020, terdapat sebanyak 373 kluster telah dilaporkan termasuk empat (4) kluster baharu yang dilaporkan pada hari ini.

“Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 189 kluster termasuk tiga (3) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Bukit, Kluster Tujuh Serangkai dan Kluster Laut.

“Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 184 kluster,” kata Dr. Noor Hisham.-SM

(Visited 301 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button