Politik

Mohamad Rafie buat kejutan tanding calon bebas di Ampangan

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ampangan, di Negeri Sembilan, Datuk Dr. Mohamad Rafie Ab. Malek membuat kejutan apabila bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Hari Penamaan Calon di sini hari ini.

DUN Ampangan menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Mohamad Rafie, Tengku Zamrah Tengku Sulaiman calon Pakatan Harapan (PH) dan Muhammad Ghazali Zainal Abidin calon Perikatan Nasional(PN).

Pengumuman rasmi pencalonan mereka dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Ampangan, Zulfadhli Aziz pada jam 10.30 pagi di Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES).

Mohamad Rafie bertanding sebagai calon bebas selepas namanya tidak diumumkan sebagai calon PKR di kawasan tersebut.

Beliau yang tiba di Pusat Penamaan Calon bersama isteri, Datin Salina Shamsuddin serta kira-kira 50 penyokongnya yang membawa bendera putih tertera gambar Mohamad Rafie.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) Mohamad Rafie menang di kerusi DUN Ampangan dengan majoriti 1,360 undi menewaskan dua orang pencabar lain. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button