Politik

MB Selangor bagi RM10,000 kepada persatuan mahasiswa pulang mengundi

MENTERI Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari hari ini memberi sumbangan sebanyak RM10,000 kepada Persatuan Kasih Mahasiswa Malaysia.

Sumbangan itu sebagai tanda solidariti kepada para pengundi Sabah dan menyokong kempen Pulang Mengundi Sabah.

Beliau berharap, persatuan tersbut dapat  membawa pulang rakyat Sabah yang berada di Semenanjung supaya dapat turut sama mengundi pada Pilihanraya Negeri Sabah yang akan berlangsung Sabtu ini.

“Ini adalah sebagai tanda sokongan saya kepada demokrasi dan sumbangan ini dijangka dapat memanfaatkan lebih kurang tiga puluh orang pengundi.

“Saya dan pimpinan Keadilan Selangor ingin menggesa orang ramai yang sudi menyumbang untuk menghulurkan bantuan dengan mengikuti akaun @PulangMengundiSabah di Facebook serta @PulangMengundi di Twitter,” kata Amirudin.

Menurutnya, Parti Keadilan Rakyat Selangor komited menyuburkan amalan demokrasi di negara ini dan memperkukuhkan semangat setiakawan rakyat berbilang kaum berteraskan semangat Perlembagaan Persekutuan.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button