Nasional

Ketatkan keselamatan – Bung Moktar

PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mendesak pasukan keselamatan untuk memperketat kawalan di sempadan negeri itu.

Ini berikutan terdapat laporan bahawa unsur-unsur tertentu dari negara jiran merancang untuk menimbulkan masalah semasa hari pengundian Pilihan Raya Negeri Sabah Sabtu ini.

Menurutnya, pihak keselamatan harus menggagalkan setiap percubaan untuk memasuki negara ini secara haram hingga merosakkan keamanan Sabah.

“Sekiranya benar mereka (unsur asing) mahu untuk masuk dalam jumlah besar untuk menimbulkan masalah semasa pilihan raya negeri ini, pasukan keamanan tidak boleh berkompromi,” katanya kepada wartawan setelah menemui jentera pilihan raya BN di sini hari ini.

Semalam, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata, polis telah menerima maklumat terhadap anasir tertentu dari negara jiran merancang untuk memasuki Malaysia dalam jumlah yang banyak untuk menimbulkan gangguan pada hari mengundi.-SM

(Visited 169 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button