
Acara
Raja Muda Perlis lawat kapal APMM
7 Mac 2025 Kota Kinabalu – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan melawat Kapal Maritim (KM) Arau, sebuah kapal peronda luar pesisir yang dioperasikan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
Baginda berkenan menerima taklimat terperinci mengenai teknologi terkini, aset, persenjataan, serta peranan penting KM Arau dalam operasi pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang maritim di perairan negara.
Tuanku Raja Muda mengetuai Lawatan Kerajaan Negeri Perlis ke Sabah (EKS PerBah) yang bermula pada khamis.
Lawatan ini bukan sahaja memperkukuh hubungan antara kedua-dua negeri, malah menjadi simbol keprihatinan dan komitmen berterusan dalam membangunkan masyarakat yang lebih sejahtera dan harmoni.
FOTO