
Berita
Dua wanita terpenting dalam hidup PMX, penghargaan dan kenangan
PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan terhadap dua wanita paling berpengaruh dalam hidupnya iaitu ibunya, Allahyarhamah Che Yan Hamid Hussein, serta isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Beliau menyifatkan kedua-duanya sebagai sumber kekuatan dan tunjang utama dalam perjuangannya menegakkan keadilan demi rakyat.
Dalam menyambut Hari Wanita, Anwar turut menekankan kepentingan memperjuangkan hak serta martabat golongan wanita agar mereka diberikan peluang yang adil dalam setiap aspek kehidupan. #
Hantaran di Facebook beliau yang mengangkat keberanian serta pengorbanan wanita mendapat perhatian ramai, dengan ramai yang menyatakan sokongan terhadap usaha memperkasakan kaum wanita dalam masyarakat.