Analisis

Mas Ermieyati calon KM wanita pertama?

1. Beberapa nama Calun di katakan bakal di lantik sebagai Ketua Menteri Melaka, sekiranya parti mereka beroleh kejayaan di PRN Melaka pada 20 November 2021 ini.

DATUK SERI SULAIMAN
Dari Barisan Nasional.

DATUK SERI SHAMSUL ISKANDAR DAN DATUK SERI ADLY
Dari Pakatan Harapan.

2. Dua hari yang lalu, ketika membentangkan Manifesto BN di Melaka, Tok Mat Hassan, Pengarah Pilihanraya BN Melaka, mengumumkan bahawa Datuk Seri Sulaiman Ali sebagai Calun Ketua Menteri Melaka sekiranya UMNO & BN diberi mandat semula untuk membentuk Kerajaan Negeri Melaka pada 20 November ini.

3. Tok Mat Hassan kata, Sulaiman Ali di lihat sebagai seorang pemimpin yang di senangi Rakyat Melaka dan bebas daripada isu.

4. Agak menghairankan statemen dari Tok Mat Hassan ini mengenai Sulaiman Ali.

Tidak kah Tok Mat sedar, separuh daripada isu menyebabkan kejatuhan Kerajaan BN Melaka adalah kerana Ketua Menteri, Sulaiman Ali ?

5. Tuduhan yang di buat oleh DS Idris Haron amat jelas dan belum di jawab oleh UMNO Melaka.

Idris Haron menuduh antara salah silapnya Kerajaan BN terdahulu adalah kerana Sulaiman Ali sebagai Ketua Menteri, adalah puppet Chief Minister (Ketua Menteri Boneka), kepada DS Rauf.

6. Segala-segala keputusan Kerajaan Negeri Melaka perlu di rujuk dahulu kepada Rauf sebelum di persetujui.

Peperangan persepsi ini perlu di jawab oleh UMNO Melaka, kerana jelas kelihatan isu ini adalah amat penting kepada Rakyat Melaka.

Rakyat Melaka tidak mahu, A Puppet Chief Minister.

7. Mana mungkin, Rakyat Melaka bersetuju melantik semula seorang Ketua Menteri yang akan menjadi puppet kepada seseorang lain, yang memegang remote control terhadap Ketua Menteri tersebut.

8. Manakala, Calon Ketua Menteri daripada Pakatan Harapan iaitu Datuk Seri Adly juga di lihat mempunyai masalah yang sama.

Walaupun Adly dari parti AMANAH, jelas kelihatan sekiranya Rakyat Melaka memberi peluang kepada Pakatan Harapan memerintah semula Negeri Melaka, Adly akan menjadi puppet Chief Minister kepada Parti DAP, yang sudah tentu akan memainkan peranan dari belakang, menentukan Hala Tuju Kerajaan Negeri Melaka.

9. Manakala, Perikatan Nasional belum mengumumkan Calon Ketua Menteri mereka. Dua nama yang di sebut-sebut ialah, Datuk Wira Rafiq, yang bertanding di DUN Telok Mas dan Datuk Mas Ermieyati yang bertanding di DUN Tanjung Bidara.

10. Penganalisis Politik melihat, pertembungan di Tanjung Bidara adalah satu pertembungan yang paling sengit dan hebat pada Pilihanraya Negeri Melaka ini.

Mas Ermieyati di lihat boleh bertanding di DUN Ayer Limau, iaitu di Kampung beliau dan di jangka boleh beroleh kemenangan mudah di situ, tetapi Mas memilih untuk mencabar masalah Kepimpinan Negeri Melaka, iaitu DS Rauf, Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Melaka.

11. Mas di lihat sebagai seorang IRON LADY NEGERI MELAKA berpotensi dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka yang baru sekiranya PN di mandat untuk memerintah Negeri Melaka.

Lulusan Undang-Undang, Mas mempertaruhkan perkhidmatan beliau di kawasan Parlimen Masjid Tanah selama dua penggal, berteraskan Ekonomi, Pendidikan dan Sosial.

Mas mengakui ini bukan satu cabaran yang mudah. Masjid Tanah adalah Kubu Kuat UMNO.

12. Sekiranya Mas berjaya, ini akan di lihat sebagai satu pencapaian GIANT KILLER menumbangkan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Melaka.

Apa pun, segala-galanya terserah kepada penilaian dan pemilihan dari pengundi-pengundi di DUN Tanjung Bidara.

13. Yang jelas kelihatan lagi, Iron Lady Negeri Melaka ini, sudah di sebut-sebut sebagai salah seorang Calon Ketua Menteri Melaka.

14. PRN Melaka berbaki 7 hari lagi. Mengundi pada 20 November, macam-macam boleh berlaku.

Kita tunggu dan lihat perkembangan seterusnya.

DATUK SAIFUL BAHAR ARSHAD

Penulis, DATO’ SAIFUL BAHAR, merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2008-2009), bekas Setiausaha Sulit Kanan kpd. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2009-2013).

Beliau juga bekas Penasihat Khas kpd. Menteri Peladangan dan Komoditi (2016-2018). Pernah bertugas dengan 3 Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta telah berkhidmat di 8 Kementerian sepanjang 18 tahun di Putrajaya.

Ketika ini, beliau merupakan Penganalisa Politik dan Polisi Kerajaan untuk Badan Bebas dan News Portal.

(Visited 944 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Dato' Saiful Bahar

Penulis merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2008-2009), bekas Setiausaha Sulit Kanan kpd. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2009-2013). Beliau juga bekas Penasihat Khas kpd. Menteri Peladangan dan Komoditi (2016-2018). Pernah bertugas dengan 3 Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta telah berkhidmat di 8 Kementerian sepanjang 18 tahun di Putrajaya. Ketika ini, beliau merupakan Penganalisa Politik dan Polisi Kerajaan untuk Badan Bebas dan News Portal.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button