NasionalPolitik

Marina Ibrahim Dari Pakatan Harapan Menang Majoriti 13,943 Di DUN N48 Skudai!

Calon Pakatan Harapan DUN N48 Skudai, Marina Ibrahim berjaya menunjukkan kemenangan yang luar biasa meski pun berdepan dengan pelbagai cabaran daripada calon-calon parti lain.

Marina memang majoriti 13,943 di DUN N48, sekali gus meraih undian sebanyak 26,359 daripada pengundi Skudai yang memberi kepercayaan penuh kepada calon Pakatan Harapan tersebut.

“Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang membantu kelancaran kempen bagi N48 Skudai sehingga mencapai kemenangan.

“PRN kali ini adalah pertama kali bagi saya, maka banyak perkara yang saya belajar. Banyak sokongan tidak berbelah bahagi yang diberikan kepada semua orang di sekeiling saya.


“Keluarga, pimpinan parti, rakan parti,sahabat dan semua yang sentiasa memberi sokongan, dorongan dan nasihat,” ujar Marina menerusi laman Facebook miliknya.

Marina juga mengucapkan terima kasih kepada pengundi yang sanggup meluangkan masa untuk melaksanakan tanggungjawab mereka pada hari ini.

@suaramerdeka19

Sekarang ni pun Marina dah menang.. menang media sosial.. calon lain awal-awal tewas!

♬ original sound – Suara Merdeka – Suara Merdeka

“Segala usaha dan amanah yang diberikan pada saya untuk dipikul ini akan saya galas dengan sebaiknya. Anda memberikan kepercayaan anda kepada saya, saya harus menyambut kepercayaan yang diberikan dengan menunaikan amanah sebagai pemimpin.

“Saya akan berusaha membuktikan apa yang telah saya nyatakan sebelum ini. Saya juga akan berusaha meneruskan hasil kerja keras Saudara Tan Hong Pin iaitu mantan Adun Skudai,” katanya.

Marina juga berharap semua pihak mendoakannya supaya menjadi pemimpin yang baik, yang ikhlas dalam apa dilakukan dan memanfaatkan rakyat.

“Semoga banyak perkara baik saya dapat laksanakan dan usahakan untuk kawasan Skudai kelak. Tegur jika ada kesilapan, almaklumlah sebagai manusia adakalanya kita sedikit alpa,” ujarnya.

Sebelum ini Suara Merdeka pernah melaporkan bahawa Marina Ibrahim antara calon yang sudah awal-awal menang dalam media sosial mengalahkan calon-calon parti lain.

BACA SINI: Marina Ibrahim Dari DAP Menang ‘Media Sosial’ Tewaskan Calon PN & BN!

(Visited 2,256 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button