BeritaNasional

Malaysia Airlines elak laluan konflik di ruang udara Iran

MALAYSIA Airlines akan mengelak laluan konflik di ruang udara Iran berikutan ketegangan ketenteraan yang tercetus di rantau itu, baru-baru ini.

Malaysia Airlines dalam satu kenyataan kepada Bernama hari ini memaklumkan yang mereka tidak terbang merentasi ruang udara Iraq, pada penerbangannya dari dan ke London, Jeddah dan Madinah.

“Syarikat penerbangan ini melakukan pemantauan aktif melalui Sistem Pemantauan Penerbangan dan diberikan panduan penilaian termasuk laporan keselamatan global dan Notis Kepada Juruterbang (NOTAM) daripada pihak berkuasa kawalan udara berkaitan.

“Kesemua pesawat kami dilengkapi dengan Komunikasi Satelit (SATCOM) membolehkan komunikasi segera dengan pesawat, untuk sebarang informasi kritikal dan tindakan seperti mengubah haluan,” menurut kenyataan tersebut.

Malaysia Airlines menegaskan yang mereka amat mengutamakan keselamatan.

Dilaporkan pembunuhan Jeneral Qassem Soleimani dalam serangan dron Amerika Syarikat berhampiran lapangan terbang Baghdad pada Jumaat, telah menimbulkan kemarahan dan ancaman serangan dari Tehran, menyebabkan kebimbangan akan berlakunya konflik di rantau itu.

— BERNAMA

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button