Pendidikan

Makanan yang sihat untuk membentuk generasi genius akan datang

Satu program Menu Sihat Perpaduan telah diadakan di seluruh negara secara serentak di semua Tabika dan Taska Genius bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan serta kefahaman kanak-kanak, ibu-bapa dan masyarakat mengenai kepentingan pengalaman menu sihat dalam kehidupan seharian.

Pemakanan yang penting mendorong pertumbuhan dan perkembangan yang optimum bagi kanak-kanak secara tidak langsung amalan pemakanan yang sihat diterapkan sejak usia muda ini akan mempengaruhi corak dan status pemakanan kanak-kanak apabila meningkat dewasa.

Makanan yang cukup dengan nutrisi untuk anak-anak

Pelancaran program ini di peringkat Hulu Langat dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Datuk Haji Che Roslan Bin Che Daud, bertempat Pusat Komuniti KgSg Kantan, Kajang, Selangor dengan dihadiri tujuh Tabika Perpaduan dari zon kajang, Hulu Langat dan Selangor.

Semasa majlis pelancaran

Menurut, Haji Che Roslan, program ini dapat membentuk perkembangan fizikal dan minda dengan baik secara tidak langsung akan membentuk generasi yang boleh membangunkan negara.

“Hasrat kami sangat besar, berdasarkan gagasan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk melihat masyarakat Madani, jadi kalau kita nak lihat pada masa akan datang, salah satu adalah masyarakat yang bertamadun maka kita mulakan dengan anak-anak kita.

“Kita perlu bentuk anak-anak kini untuk generasi akan datang dan kita harap dengan adanya program seperti ini maka satu generasi akan datang sama ada 20 ke 30 tahun akan datang anak-anak Kita ini akan menjadi pemimpin negara.

“Kerana badan mereka sihat dan tidak berpenyakit dan minda mereka akan lebih cerdas dan dapat berfikiran untuk membangunkan negara, itu adalah matlamat kita yang besar. “ Jelasnya semasa sesi pelancaran siang tadi.

Sebanyak 1781 Tabika Perpaduan yang melibatkan 36,874 murid dan 41 Taska Genius Perpaduan dengan jumlah kanak-kanak 980 orang yang melaksanakan program Menu Sihat Perpaduan Tahun 2023.

Di peringkat Negeri Selangor pula sebanyak 181 Tabika Perpaduan dengan muridnya seramai 3,764 orang dan dua Taska Genius Perpaduan dengan jumlah kanak-kanak seramai 47 orang.

Para Ibu dan kanak-kanak turut terlibat dalam dalam acara pertadingan penyediaan makanan

Program ini juga dijalankan dengan kerjasama dengan Jabatan Kesihatan Negeri masing-masing untuk memastikan penyediaan tumbesaran murid yang sihat dan cerdas.Pihak Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional juga memastikan pengamalan penyediaan dan pemakanan yang berkhasiat dan seimbang kepada semua murid Tabika Perpaduan dan Taska Genius Perpaduan.

Artikle Berkaitan ;>

KPN-UPSI bekerjasama perkasa pendidikan awal kanak-kanak Tabika Perpaduan

RM1 juta untuk Program Pintar Botani TABIKA KEMAS

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button