Ekonomi

Satu Imbas Saja! Planworth Buktikan Dokumen Sah dalam Sekelip Mata

DALAM usaha memperkukuh kepercayaan pasaran dan mempercepatkan urusan pengesahan dokumen penting, Planworth muncul sebagai syarikat pembiayaan alternatif pertama di Malaysia yang memperkenalkan penggunaan Kod QR untuk pengesahan serta-merta dokumen rasmi pelanggan, berkuat kuasa sejak 9 April lalu.

Langkah inovatif ini diperkenalkan susulan peningkatan ketara permintaan terhadap Surat Sokongan Kewangan oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), terutamanya dalam usaha mendapatkan keyakinan daripada pengeluar kontrak. Pendekatan ini dijangka mengangkat standard ketelusan, keselamatan dan integriti dalam industri pembiayaan alternatif tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Planworth, Datuk Andy Kuek.

Selain Surat Sokongan Kewangan, Planworth turut melengkapkan Surat Tawaran Indikatif dan Surat Tawaran Pembiayaan dengan Kod QR unik. Kod ini membolehkan pengguna dan pihak berkepentingan mengesahkan kesahihan dokumen melalui portal pengesahan digital Planworth — cukup hanya dengan satu imbasan menggunakan peranti mudah alih.

“Sebagai peneraju industri dan perintis dalam membina ekosistem pembiayaan yang lebih telus dan diyakini, kami sentiasa mencari kaedah baharu untuk menambah nilai kepada pelanggan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Planworth, Dato’ Andy Kuek.

“Penggunaan teknologi Kod QR ini adalah sebahagian daripada komitmen kami untuk meningkatkan keselamatan dokumen dan membina keyakinan jangka panjang dengan pelanggan serta rakan niaga.”

Penggunaan Kod QR untuk pengesahan dokumen telah lama diamalkan oleh syarikat multinasional dan agensi kerajaan di peringkat global, termasuk di Singapura, Eropah dan Amerika Syarikat. Pelaksanaan teknologi ini oleh Planworth membuktikan bahawa syarikat tempatan juga mampu menyaingi piawaian dunia serta mengintegrasikan amalan terbaik global ke dalam operasi harian mereka.

Dengan hanya satu imbasan pantas, ketulenan dokumen kini boleh disahkan secara serta-merta. Ciri ini bukan sahaja mempercepatkan proses semakan, malah mengurangkan risiko pemalsuan dan penyalahgunaan dokumen, sekaligus memastikan keselamatan pelanggan dan kontraktor terus terpelihara.

Planworth turut menyahut seruan kerajaan dalam mempercepatkan proses pendigitalan sektor kewangan dan perniagaan. Langkah ini membuktikan komitmen syarikat dalam memperkenalkan teknologi baharu yang memudahkan pelanggan tanpa mengabaikan aspek keselamatan dan kredibiliti.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button